Inspirasi Penciptaan Komposisi Muzik GhaMuhyi: Sebuah Karya Muzik Baharu Bersumber dari Muzik Tradisional Ghazal Melayu Johor
Inspiration to the Composition of GhaMuhyi Music: A New Musical Work based on Traditional Malay Ghazal of Johor
Keywords:
Ghazal Melayu Johor, GhaMuhyi, Al-Muhyi, inspirasi penciptaan muzik, komposisi muzikAbstract
Pencetus munculnya inspirasi komposisi GhaMuhyi dapat dikatakan sebagai permasalahan utama artikel, iaitu kelompangan komposisi muzik Ghazal Melayu Johor (GMJ) kini dianalogikan seperti sebuah pohon yang ditutupi oleh semak belukar. Kedua, tema-tema ketuhanan sering dianggap hanya sesuai untuk disalurkan terhadap kesenian Islam popular sahaja seperti nasyid, qasidah, solawat dan lain-lain. Ketiga, kekuatan muzik dalam menyampaikan pesanan bersifat numerik jarang sekali menggunakan Al-Qur’an sebagai sumber muzikal dalam teknik komposisinya. Keempat, pandangan dikotomi tentang muzik absolut dan muzik program sering menjadi permasalahan dalam kreativiti penciptaan muzik padahal dikotomi tersebut tidaklah bertujuan membezakan kualiti muzik yang dihasilkan. Kelima, muzik GMJ sebagai muzik hiburan dahulunya telah gagal mendapat tempat sebagai muzik popular di era masakini walaupun usaha-usaha telah dibuat oleh pihak-pihak tertentu dalam industri muzik Malaysia. Oleh itu, objektif komposisi karya ini adalah yang pertama, menghidupkan kembali “pohon” GMJ supaya dapat menghasilkan “buah-buah” idea muzikal yang baharu dan juga memangkas “semak belukar” lagu-lagu langgam GMJ supaya tidak tertutup lagi. Kedua, mengekspresikan Al-Muhyi sebagai tema keTuhanan yang berpotensi untuk diserapkan ke dalam kesenian tradisional Melayu seperti GMJ tanpa perlu merubah bentuknya menjadi kearab-araban. Ketiga, menyampaikan pesanan muzikal yang bersifat numerik melalui hubungan nada-nada dengan huruf-huruf hijaiyah yang terdapat di dalam Al-Qur’an. Keempat, menciptakan muzik GMJ baharu yang mengandung nilai absolut dan program secara bersamaan. Kelima, menonjolkan keunikan muzik GMJ melalui pendekatan estetika popular tanpa menyederhanakan elemen tradisionalnya. Kaedah penciptaan yang dilakukan adalah secara tidak teratur (zig-zag) dan dibahagikan kepada kaedah mewujudkan muzik dan kaedah mewujudkan persembahan muzik