ANALISIS KEPENTINGAN-KEJAYAAN PENGURUSAN KOKURIKULUM

Importance-Performance Analysis of Co-curriculum Management

  • Hamidah Yusof Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Rahman Ahmad Universiti Pendidikan Sultan Idris
Keywords: Importance-performance analysis, co-curriculum management, secondary schools, planning

Abstract

The objective of this study was to examine the co-curriculum management using importanceperformance analysis. A total of 148 teachers from three secondary schools in Kuching, Sarawak was selected to be the respondents of this study. Convenient sampling was used to select the samples. Data was collected using questionnaires and analyzed using descriptive statistics. The results showed that the importance of co-curriculum management was perceived at a high level (mean = 3.82), while its perceived performance was at a moderate level (mean = 3.63). According to the importance-performance analysis, many attributes fell into the quadrant “continued success” and quadrant “requires full concentration.” This study suggested that more careful planning would increase the understanding of the importance and successful implementation of co-curricular activities. In addition, teachers’ skills should be improved and continuous training should be carried out to ensure the success of co-curricular activities.

Kajian ini bermatlamat untuk mengkaji pengurusan kokurikulum menggunakan analisis kepentingan-kejayaan. Sejumlah 148 orang guru dipilih sebagai responden daripada tiga buah sekolah menengah di daerah Kuching. Pemilihan sampel adalah secara ‘convenient’. Data dikumpulkan dengan menggunakan soal selidik dan dianalisis menggunakan statistik deskriptif. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa persepsi kepentingan pengurusan kokurikulum adalah tinggi (min=3.82) manakala persepsi kejayaan pelaksanaan adalah sederhana (min=3.63). Mengikut analisis kepentingan-kejayaan, banyak atribut jatuh dalam kuadran ‘teruskan kejayaan’ dan kuadran ‘memerlukan penuh perhatian’. Kajian ini mencadangkan supaya perancangan yang lebih teliti mungkin boleh meningkatkan pemahaman tentang kepentingan dan kejayaan pelaksanaan aktiviti kokurikulum. Selain itu, kemahiran guru juga perlu ditingkatkan dan latihan berterusan disediakan bagi memastikan kejayaan aktiviti kokurikulum.

Downloads

Download data is not yet available.
Published
2019-03-22
How to Cite
Yusof, H., & Ahmad, R. (2019). ANALISIS KEPENTINGAN-KEJAYAAN PENGURUSAN KOKURIKULUM. Management Research Journal, 1, 75-85. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/MRJ/article/view/1323