Penguasaan Murid Tahun Enam terhadap Tulisan Jawi bagi Perkataan Pinjaman Bahasa Asing

Authors

  • Yasmin Afifah Yusmizam Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Pagoh, 84600 Pagoh, Muar Johor, Malaysia
  • Aminnudin Saimon Kulliyyah Pelancongan Mampan dan Bahasa Kontemporari, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Kampus Pagoh, 84600 Pagoh, Muar Johor, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.2.9.2025

Keywords:

Tulisan Jawi, penguasaan tulisan Jawi, murid tahun enam, kata pinjaman asing, celik Jawi

Abstract

Khazanah penulisan Jawi semakin menunjukkan kemerosotan sehingga menimbulkan kebimbangan, seiring dengan perkembangan bahasa yang pesat dan pengaruh peminjaman kosa kata asing yang semakin meluas (Noraziah Mohd. Amin et al. 2018). Fenomena ini menyebabkan sebahagian besar bentuk ejaan leksikal menjadi semakin kompleks dan sukar dikuasai. Justeru, kajian ini dijalankan bagi menilai tahap penguasaan murid terhadap penulisan Jawi khususnya melibatkan kata pinjaman bahasa asing (KPBA). Kajian ini menggunakan pendekatan campuran kuantitatif dan kualitatif melibatkan seramai 44 orang murid Tahun Enam Sekolah Rendah Agama (SRA) Kuang sebagai responden. Bagi menilai tahap penguasaan murid, instrumen ujian ejaan dan penulisan Jawi berasaskan KPBA digunakan, manakala data dianalisis dengan merujuk Klasifikasi Skor Murid oleh Yusri Maulida Rahmah (2023). Hasil kajian mendapati murid Tahun Enam di SRA Kuang masih menghadapi kesukaran dalam menguasai penulisan Jawi bagi KPBA, walaupun terdapat segelintir murid yang menunjukkan pencapaian cemerlang. Analisis lanjut yang dibuat berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu Dewan menunjukkan bahawa majoriti murid mengalami kekeliruan dalam mengeja kata pinjaman bahasa Inggeris (KPBI) berbanding kata pinjaman bahasa Arab (KPBAr), yang umumnya lebih mudah diserapkan ke dalam tulisan Jawi. Oleh itu, kajian ini menegaskan keperluan pengajaran KPBA dalam tulisan Jawi dilaksanakan secara lebih sistematik dan berfokus, agar usaha melahirkan generasi celik Jawi dapat dicapai, selaras dengan perkembangan dan kelestarian bahasa Melayu.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdonloh Khreeda-oh, Hishamudin Isam, dan Mashetoh Abd Mutalib. (2022). Pemugaran Perubahan Makna Kata Pinjaman Bahasa Thai dalam Dialek Melayu Patani. Jurnal Pengajian Melayu (JOMAS), 33(1), 1-16.

Aminnudin Saimon, Siti Nurshahqqira Sheikh Mohd Fauzi, Nuwaira Zafira Zafri, Nur Azmina Izzatulrazan Ibrahim dan Nur Aqilah Abd Halim. (2023). Tahap Penguasaan Tulisan Jawi dalam Kalangan Murid Tahun 4 di Sekolah Kota Raja, Panchor, Muar, Johor. PENDETA, 14(2), 71-82.

Amrina Rasyada Kamaruzaman dan Nik Md Saiful Nik Abdullah. (2020). Penulisan Jawi Dalam Mata Pelajaran Pendidikan Al-Quran dan Al-Sunnah di Peringkat Menengah: Isu dan Cabaran. Jurnal KIAS, 14(1), 1-30.

Amrina Rasyada Kamaruzaman, Nik Md Saiful Nik Abdullah, dan Rabi’atul Athirah Muhammad Isa @ Omar. (2021). Jawi Writing in Al-Quran and Al-Sunnah Subject at Secondary School: Issues and Challenges. Jurnal al-Turath, 6(2), 78-88.

'Arifah Mursyidah Illiashaq dan Muhammad Fairuz A Adi. (2022). Kaedah Penulisan Hamzah: Kajian PerbandinganMenurut Kaedah Rasm Uthmani dan Penulisan Jawi. Jurnal Qiraat, 5(2), 67-78.

Ashar, M. Z., & Saimon, A. (2025). Analisis Tahap dan Faktor Penerimaan Tulisan Jawi dalam Kalangan Pelajar UIAM, Kampus Pagoh. PENDETA, 16(1), 161-180. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.1.14.2025

Azman Che Mat, Siti Athirah Mohd Anwar dan Azarudin Awang. (2021). Penguasaan Suku Kata Tertutup (SKT) Tulisan Jawi dalam Kalangan Murid Tahun 3. Borneo Akademika, 5(2), 33-46.

Che Wan Shamsul Bahri Che Wan Ahmad, Khairuddin Omar, Mohammad Faidzul Nasruddin dan Mohd Zamri Murah. (2022). Menangani Ketaksaan dalam Transliterasi Mesin Jawi-Rumi Menggunakan Pengelasan Naive Bayes Multinomial (NBM). MyJICT – Malaysian Journal of Information and Communication Technology, 7(1), 42-53.

Farhanah Abdullah, Asyraf Hj Ab Rahman, Abdul Manan Ali, Firdaus Khairi Abdul Kadir dan Fadzli Adam. (2020). Jawi Script and The Malay Society: Historical Background and Development. International Journal of Management (IJM), 11(7), 68-78.

Izman, M. N., & Mahamod, Z. (2023). Nilai Bahasa Melayu sebagai Asas Jati Diri dalam Kalangan Pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia: The Value of the Malay Language as The Basis of Self-Identity Among Students of the National University of Malaysia. PENDETA, 14(2), 11–25. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.2.2.2023

Mohd Akhbar Ab Kadir, Azhar Muhammad, Mohd Zailani Mohd. Yusoff, Mohd Arafat Jaafar, Mohd Hanif Hassan dan Mohd Norazmi Nordin. (2022). The Relationship Between Learning Style and Jawi Writing Skills Among Primary School Student. Journal of Pharmaceutical Negative Results, 13(9), 5524-5534.

Mohd Arif Yusoff, Mohd Isa Hamzah, Sri Andayani Mahdi Yusuf dan Tengku Hasipullah Tuan Soh. (2020). Kepentingan Tulisan Jawi kepada Pembelajaran Iqra’ dan Al-Quran dalam Kalangan Murid Tahap Dua di PLC Tanjung Aru. Sustainable Education Towards Human Achievement, 417-424.

Mohd Fikruddin Mat Zin, Najihah Abd Wahid, Ahmad Shidki Mat Yusoff, Siti Hajar Mohamad Yusoff dan Zuraidah Juliana Mohamad Yusoff. (2022). Hubungan Pelaksanaan Gamifikasi dengan Motivasi Murid dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan Jawi di Terengganu. International Journal of Islamic Productsand Malay Civilization, 1(1), 17–28.

Mohd Saifun Aznin Mohd Sharif, Mior Muhammad Saiful Nizan Mohd Saali, Mohd Fadzil Kamarudin, Muhammad Zaim Esrati dan Mohd Hasrul Kamarulzaman. (2024). Tahap Penguasaan Tulisan Jawi dalam Kalangan Pelajar Pintar Cerdas. International Journal of Advanced Research in Education and Society, enam (1), 274-283.

Mohd Zawavi Zainal Abidin dan Norahida Mohamed. (2024). Tulisan Jawi di Negeri Pahang: Cabaran dan Harapan. Jurnal Al-Haady, 5(1), 10-17.

Muhammad Fuad Ahmad Tajudin dan Hafizhah Zulkifli. (2022). Faktor-Faktor yang Mempengaruhi Penguasaan Pengetahuan Isi Kandungan (PIK) Bidang Jawi dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam. International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education (ARISE), 2(1), 56-72.

Muhammad Fuad Ahmad Tajudin dan Hafizhah Zulkifli. (2024). The Knowledge Of Content Level of Jawi Among Islamic Education Teachers Keramat District, Primary Schools. International Journal of Academic Research in Business & Social Sciences, 4(8), 1869-1880.

Muhammad Syahmi Mohd Shari dan Hafizhah Zulkifli. (2023). Meneroka Pengalaman Guru KAFA Selangor dalam Kaedah Ejaan Jawi Baharu. QALAM International Journal of Islamic and Humanities Research, 3(4), 37-46.

Nazatul Nadia Ahmad Ismail dan Harun Baharudin. (2023). Pengetahuan Jawi bagi Kata Pinjaman Inggeris dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah dan Faktor yang Mempengaruhinya. QALAM International Journal of Islamic and Humanities Research, 3(3), 22-38.

Noraziah Mohd. Amin, Noor Azam Abdul Rahman, Wan Noorli Razali dan Mohd Faisal Abdul Wahab. 2018. Pemeliharaan Tulisan Jawi dan Penggunaan Tulisan Jawi di Media: Kajian Persepsi Pelajar Melayu di UNITEN. Sains Insani. 2018. Vol. 03. No. 02: 01 – 07.

Ramala, D. E. (2020). Aksara Jawi: Warisan Budaya dan Bahasa Masyarakat Alam Melayu dalam Tinjauan Sosiolingustik. Jurnal Islamika, 3(2), 1-13.

Razilah Mohd Ramli, Azhar Wahid dan Husna Husin. (2023). Keberkesanan Pintas Jawi dalam Membantu Murid Pemulihan Tahun Dua Mengenali Huruf Jawi. Jurnal Peradaban Melayu, 18(1), 47-53.

Rosnani Hashim, Muhammad Zahiri Awang Mat, Adnan A Rashid, Ainol Madziah Zubairi dan Mohd Farid Mohd Shahran. (2022). Pelaksanaan Kurikulum Pendidikan Islam Sekolah Menengah Bagi Menghadapi Cabaran Pendidikan Abad Ke-21 dari Perspektif Guru. Jurnal Pendidikan Malaysia, 47(1), 65-79.

Saiful Radzi Roslan dan Suzana Sulaiman. (2024). Pengetahuan Pelajar Berkenaan Padanan Kata Pinjaman Arab dalam Bahasa Melayu: Satu Analisis. Afaq Lughawiyyah, 2(2), 365–376.

Saragih, D. K. (2022). Dampak Perkembangan Bahasa Asing Terhadap Bahasa Indonesia di Era Globalisasi. Jurnal Pendidikan Tambusai, 6(1), 2569–2577.

Sarinab Ariffin Eduny, Saifulazry Mokhtar, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin dan Syamsul Azizul Marinsah. (2022). Pendekatan Kaedah Latih Tubi dalam Kemahiran Menulis Jawi Murid Tahun Empat di Sekolah Kebangsaan Ladang Sandak Sandakan. International Journal of Education, Psychology and Counseling, 7(45).

Siti Nurul Izza Hashim, Roziah Sidik @ Mat Sidek dan Izziah Suriyani Mat Resad @ Arshad. (2021). Tulisan Jawi Pelopor Keilmuan di Alam Melayu: Satu Kajian Awal. MANU Jurnal Pusat Penataran Ilmu Dan Bahasa, 32(2), 19–34.

Utkurova, G. K. dan Ismatullayeva N.R. (2023). Features of The Borrowing Phenomena in Malay Language. International Journal of Advance Scientific Research, 3(02), 58-61.

Yusri Maulidah Rahmah. (2023). The effectiveness of word wall to improve students vocabulary mastery at SMPN 1 Praya Timur. [Tesis Sarjana, Universitas Islam Negeri Mataram].

Zurina Abdullah dan Adi Yasran Abdul Aziz. (2020). Peminggiran Tulisan Jawi Sebagai Lambang Jati Diri Melayu: Satu Kajian Tinjauan. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 7(2), 244-255.

Downloads

Published

2025-11-27

How to Cite

Yusmizam, Y. A., & Saimon, A. (2025). Penguasaan Murid Tahun Enam terhadap Tulisan Jawi bagi Perkataan Pinjaman Bahasa Asing. PENDETA, 16(2), 106-119. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol16.2.9.2025