Tahap penguasaan Tulisan Jawi dalam kalangan murid tahun 4 di sekolah Kota Raja, Panchor, Muar, Johor
DOI:
https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.2.6.2023Keywords:
Penguasaan, Tulisan Jawi, Murid Tahun 4, Sekolah, Menulis dan MembacaAbstract
Dalam meniti arus kemodenan ini, keadaan semasa menunjukkan bahawa tulisan Jawi sudah dipinggirkan oleh masyarakat terutamanya dalam kalangan murid sekolah. Hal ini demikian kerana, murid sekolah menganggap bahawa tulisan Jawi ini adalah sukar untuk difahami dan dipelajari. Menurut Noraziah Mohd Amin dan Noor Azam Abdul Rahman (2019), persepsi berkaitan kesukaran ini menyebabkan murid sekolah rendah mudah kehilangan minat untuk belajar tulisan Jawi. Kajian ini memfokuskan tahap penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan murid tahun 4 sekolah Kota Raja, Panchor, Muar. Objektif bagi kajian ini ialah mengenal pasti tahap penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Kota Raja, Panchor dan menganalisis tahap penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Kota Raja, Panchor. Kajian ini mengaplikasikan pendekatan gabungan kualitatif dan kuantitatif. Kaedah pengumpulan data adalah melalui teknik soal selidik yang berbentuk kertas ujian atau peperiksaan dan teknik temu bual secara rawak. Responden kajian adalah seramai 50 orang murid yang terdiri daripada murid tahun 4. Hasil kajian mendapati bahawa tahap penguasaan tulisan Jawi dalam kalangan murid tahun 4 Sekolah Kebangsaan Kota Raja, Panchor, Muar berada pada tahap yang cemerlang. Bukan itu sahaja, bilangan murid yang berada pada tahap mahir untuk ujian menulis dan tahap lancar untuk ujian membaca adalah hampir sama. Bilangan murid pada tahap mahir untuk ujian menulis adalah seramai 24 orang dan seramai 23 orang murid yang berada pada tahap lancar untuk ujian membaca. Hal ini secara tidak langsung menunjukkan bahawa golongan murid yang menguasai tulisan Jawi dari aspek penulisan juga akan menguasai dari aspek pembacaan.
Downloads
References
Abdul Rasid, J. (2011). Permasalahan Kemahiran Membaca dan Menulis Bahasa Melayu Murid-Murid Sekolah Rendah di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 1(1), 1-12. https://spaj.ukm.my/jpbm/index.php/jpbm/article/view/19/19
Chew, F. P., & Amir, S. A. (2023). Tahap PenguasaanKemahiran Literasi Menulis Bahasa Melayu dalam Kalangan Murid Tahun Satu: Level of Literacy in Writing Skills in the Malay Language among Year One Pupils.PENDETA,14(1), 74–87. https://doi.org/10.37134/pendeta.vol14.1.7.2023
Faridah Mahadi, Mohd Razimi, H., dan Nurulhuda, M. H. (2022). Gaya Pembelajaran: Visual, Auditori dan Kinestetik. Journal of Humanities and Social Sciences, 4(1), 29-36,10.36079/lamintang.jhass-0401.340
Fuadi, A. R., Azrizan, A. B., dan Ruziman, O. (2022). Cabaran Tulisan Jawi Dalam Revolusi Industri 4.0. Prosiding Kolokium STREM PdPc Tahun 2022. https://www.researchgate.net/publication/365489181_Prosiding_Kolokium_STREM_PdPc_Tahun_2022_ISSNE_XXXXXXXXXXXXXXX_CABARAN_TULISAN_Jawi_DALAM_REVOLUSI_INDUSTRI_40_Fuadi_bin_Abdul_Razak_1
Mohamad Radhi Mohamad Yusof dan Hafizhah Zulkifli. (2021). Tahap Kefahaman dan Kemahiran Pengajaran Mata pelajaran Jawi dalam Kalangan Guru Pendidikan Islam. Fakulti Al-Quran dan As-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd Fikruddin, M. Z., Najihah, A. W., Ahmad Shidki, M. Y., dan Siti Hajar, M. Y. (2022). Hubungan Pelaksanaan Gamifikasi dan Penglibatan Murid Dalam Pembelajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) Jawi Sekolah Rendah. Global Journal of Educational Research and Management(GERMANE), 2(1). https://myedujournal.com/index.php/edugermane/article/view/154/140
Mohd Puaad, A. M., Rahimin Affandi, A. R., Ahmad Farid, A. J., dan Huzaimah, H. I. (2019). Kitab Jawi dan Pengilmuan Masyarakat Melayu. Jurnal ’Ulwan, 3(1), 34–57. http://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JULWAN/article/view/293/254
Nooraihan Ali, Mohd Hilmi, A., dan Asyraf, A. R. (2020). Penilaian Keberkesanan Modul Pembelajaran Kendiri Strategi Pemahaman Membaca Teks Bahasa Arab (MPK SPMBA)Untuk Pelajar Pengajian Islam Di Institusi Pengajian Tinggi. Jurnal Islam Dan Masyarakat Kontemporari, 21(1), 20-37. https://doi.org/10.37231/jimk.2020.21.1.437
Noraziah Mohd Amin dan Noor Azam Abdul Rahman. (2019). Persepsi Pelajar Melayu UNITEN Terhadap Pembelajaran Tulisan Jawi Di Pelbagai Peringkat Pendidikan Di Malaysia. Sains Insani. https://sainsinsani.usim.edu.my/index.php/sainsinsani/article/view/75/74
Nurul Syala A. L. (2018). Daya Saing Tulisan Jawi Dan Potensi Kod Jawi Dalam Menghadapi Era Globalisasi. Sains Insani.
Rashidah Ibrahim, Rahimah Embong, Firdaus Khairi, A. K., dan Huda Afiqah, H. (2019). Pemerkasaan Tulisan Jawi Dahulu Dan Kini. 2(1). BITARA International Journal of Civilization Studies and Human Sciences. https://bitarajournal.com/index.php/bitarajournal/article/view/44
Sarinab Ariffin @ Eduny1, Saifulazry Mokhtar, Mohd Nur Hidayat Hasbollah Hajimin dan Syamsul Azizul Marinsah. (2022). Pendekatan Kaedah Latih Tubi Dalam Kemahiran Menulis Jawi Murid Tahun Empat Di Sekolah Kebangsaan Ladang Sandak, Sandakan.
Shakila Ahmad, Hussain Othman, Rafiuddin Afkari, Mikdar Rusdi dan Mohd Hisyam, A. R. (2018). Tinjauan Terhadap Cabaran Semasa Tulisan Jawi Sebagai Warisan Masyarakat Perdaban Bangsa Melayu. Journal of Techno Social, 10(1), 57-62. https://doi.org/10.30880/jts.2018.10.01.007
Suhana Abd Hamid, Ahmad Marzuki Mohamad dan Azman Ahmad. (2016). Statistik Penguasaan Jawi Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah Agama. 1(2). Fakulti Tamadun Islam, Universiti Teknologi Malaysia, Skudai.
Surianiwati, S., dan Khadijah, A. R. (2022). Penggunaan Kalis Jawi dan Travelling File Dalam Meningkatkan Kemahiran Menyambung Huruf Jawi di Sekolah Jenis Kebanggsan Cina (SJKC). International Journal of Advanced Research in Islamic Studies and Education (ARISE), 2(1). https://www.myedujournal.com/index.php/arise/article/view/113/111
Syed Salim Syed Shamsudin. (2018). Pemantapan Pelajar Aliran Syariah di Institusi Pengajian Tinggi Melalui Pengajian Kitab Turath Jawi: Tinjauan Terhadap Perlaksanaan Pengajian Talaqqi di Universiti Sains Islam Malaysia. Sains Insani, 3(1), 27-37. https://oarep.usim.edu.my/jspui/handle/123456789/5102
Wildavsky. (2014). Strategi Pembelajaran Inovatif Kontemporer: Suatu Tinjauan Konseptual Operasional. Jakarta: Bumi Aksara. Hlm 214.
Zurina Abdullah dan Adi Yasran Abdul Aziz. (2020). Peminggiran Tulisan Jawi Sebagai Lambang Jati Diri Melayu: Satu Kajian Tinjauan. 7(2). Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Aminnudin Saimon, Siti Nurshahqqira Sheikh Mohd Fauzi, Nuwaira Zafira Zafri, Nur Azmina Izzatulrazan Ibrahim, Nur Aqilah Abd Halim
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.