Menilai Tahap Pengaruh Peranti Digital Terhadap Perkembangan Kanak-kanak dalam Meningkatkan Fasih Digital bagi Kanak-kanak Berusia 5-6 Tahun
DOI:
https://doi.org/10.37134/jpak.vol14.2.9.2025Keywords:
Peranti digital, perkembangan kanak-kanak, fasih digital, kemahiran teknologiAbstract
Kajian ini bertujuan untuk menilai tahap pengaruh penggunaan peranti digital terhadap perkembangan kemahiran digital kanak-kanak berusia 5 hingga 6 tahun. Seiring dengan perkembangan teknologi, peranti digital seperti tablet, telefon pintar dan komputer semakin banyak digunakan dalam kalangan kanak-kanak. Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti pengaruh peranti digital terhadap perkembangan bahasa, kemahiran komunikasi, kemahiran kognitif, kemahiran motor halus dan tingkah laku sosial kanak-kanak dalam meningkatkan fasih digital bagi kanak-kanak berusia 5-6 tahun. Reka bentuk kajian ini adalah kajian tinjauan dengan kaedah kuantitatif. Sampel kajian adalah seramai 103 ibu bapa di sekitar kawasan Tanjong Malim. Instrumen soal selidik digunakan yang mengandungi 6 bahagian iaitu (a) demografi responden, (b) perkembangan bahasa, (c)perkembangan kemahiran komunikasi, (d) perkembangan kemahiran kognitif, (e) kemahiran motor halus, (f) perkembangan kemahiran tingkah laku sosial. Soal selidik ini menggunakan skala likert 5 dan analisis data adalah menggunakan JAMOVI ver 2.3.28. Dapatan kajian bagi bahagian b iaitu perkembangan Bahasa menunjukkan bahawa peratusan responden bersetuju dengan item pertama (94.2%), item kedua (94.2%), item ketiga (96.1%), item keempat (97.1%), item kelima (97.1%) dan item keenam (94.3%). Dapatan kajian bagi bahagian c menunjukkan bahawa peratusan responden bersetuju dengan item pertama (89.3%), item kedua (90.3%), item ketiga (92.2%), item keempat (90.3%), item kelima (95.1%) dan item keenam (91.2%). Dapatan kajian bagi bahagian d menunjukkan bahawa peratusan responden bersetuju dengan item pertama (92.3%), item kedua (93.2%), item ketiga (95.2%), item keempat (97.0%), item kelima (96.2%) dan item keenam (94.2%). Dapatan kajian bagi bahagian e menunjukkan bahawa peratusan responden bersetuju dengan item pertama (91.3%), item kedua (95.2%), item ketiga (93.2%), item keempat (90.3%), item kelima (90.3%) dan item keenam (90.3%). Dapatan kajian bagi bahagian f menunjukkan bahawa peratusan responden bersetuju dengan item pertama (90.3%), item kedua (83.5%), item ketiga (88.4%), item keempat (88.4%), item kelima (89.3%) dan item keenam (89.3%). Hasil kajian mendapati bahawa terdapat hubungan yang positif antara penggunaan peranti digital dengan peningkatan fasih digital kanak-kanak, khususnya dalam aspek kemahiran asas seperti mengenali huruf dan nombor, menggunakan aplikasi pembelajaran interaktif serta memahami konsep asas teknologi. Kajian ini mencadangkan agar ibu bapa dan pendidik memainkan peranan penting dalam memantau dan mengurus masa penggunaan peranti digital serta memperkenalkan aplikasi pembelajaran yang sesuai bagi menyokong perkembangan kemahiran digital kanak-kanak dengan cara yang seimbang dan bertanggungjawab.
Downloads
References
Alshenqeeti, H. (2021). Collaborative digital game-based language learning: A review of empirical studies. Computers & Education, 166, 104166.
Anesty, E., Fatihaturrosyidah, F., & Putra, J. (2022). Knowledge and Ability of Early Childhood Teachers in Delivering Career Guidance to Preschoolers. Professional Guidance and Counseling Journal, 3 (1), 10-22.
Anderson, M., Smith, J., & Brown, T. (2022). The impact of digital devices on children's communication skills: A review of current research. Journal of Child Development Studies, 34(2), 45-58. https://doi.org/10.1016/j.jcds.2022.01.003
Baharudin, M. A., & Ibrahim, M. A. (2020). Kesediaan Pelaksanaan Pengajaran Abad ke 21 dalam Kalangan Guru Pelatih Sejarah IPG Zon Selatan. Jurnal Penyelidikan Sains Sosial, 2 (5), 32–42.
Carter, B., Rees, P., Hale, L., Bhattacharjee, D., & Paradkar, M. S. (2022). Association between portable screen-based media device access or use and sleep outcomes: A systematic review and meta-analysis. JAMA Pediatrics, 176(1), 93–101.
de la Fuente-Anuncibay, R., Díaz, E., Marqués, L., Fernández, A., & Ortega, M. (2020). Does the use of an educational videogame improve mathematical performance and reasoning ability of preschoolers? Computers & Education, 144, 103684.
Fleckenstein, J., Chen, P., & Liu, L. (2020). Assessing young children's mathematics learning through digital game play. Early Childhood Education Journal, 48(2), 147-157.
Greenfield, P. M. (2021). Mind and media: The effects of television, video games, and computers. Psychology Press.
Gottschalk, F. (2021). Impacts of Technology Use on Children: Exploring Literature on the Brain, Cognition and Well-Being. OECD Education Working Papers, No. 246.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2017). Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan. Putrajaya: Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Lauricella, A. R., Wartella, E., & Rideout, V. J. (2021). Parents' Mobile Technology Use and Attitudes toward Digital Media: A National Survey. Pediatrics, 148(2), e2020043472.
Lee, Y., Choi, Y., & Lee, J. (2021). The influence of interactive digital media on the language development of preschool children: A systematic review and meta-analysis. Early Child Development and Care, 191(10), 1553–1570.
Liu, Y., & Li, Z. (2022). The Effect of Touch Screen Digital Devices on Fine Motor Development in Preschool Children: A Meta-Analysis. Journal of Child and Family Studies, 31(1), 278–290.
Livingstone, S., Stoilova, M., & Nandagiri, R. (2022). Children’s data and privacy online: Growing up in a digital age. New Media & Society, 24(5), 1173–1195.
Madigan, S., Browne, D., Racine, N., Mori, C., & Tough, S. (2020). Association Between Screen Time and Children’s Performance on a Developmental Screening Test. JAMA Pediatrics, 174(3), e193912.
Mokhlis, S. (2021). Persepsi dan Pelaksanaan Pendekatan Pengajaran Terbeza dalam Kalangan Guru Prasekolah: Satu Tinjauan Awal. Borneo International Journal, 4 (3), 9-18.
Mustaffa, Z., Hussin, Z., & Sulaiman, A. M. (2021). Pedagogi terbeza untuk Pengajaran Guru Terhadap Kepelbagaian Murid. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities, 6 (9), 202-214.
Neumann, M. M. (2022). Young children’s use of touch screen tablets for literacy learning. Early Childhood Research Quarterly, 58, 68–79.
Nuraishatun, M. A., Zamri, M., Siti, F. M., & Norsiha, H. S. (2020). Pelaksanaan Modul Pedagogi Terbeza Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu. Prosiding Seminar Kebangsaan Pendidikan Negara (SKEPEN) Ke-6, 1450-1465.
Papadakis, S., Kalogiannakis, M., & Zaranis, N. (2021). Children’s cognitive and metacognitive abilities when using educational apps: A study using Piaget's theory. Interactive Learning Environments, 1-13.
Park, H., Byun, Y., & Park, S. (2023). The effect of digital devices on children's cognitive development: a systematic review and meta-analysis. Early Child Development and Care, 193(2), 207–224.
Radesky, J., & Christakis, D. (2023). Digital Screen Media and Cognitive Development. Pediatrics, 151(2), e2022060301.
Samsuddin, A. R., & Md Yusof, H. (2020). Penggunaan gajet terhadap perkembangan kanak-kanak prasekolah: Gadget usage on the development of preschool children. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 9, 113–126. https://doi.org/10.37134/jpak.vol9.sp.11.2020
Simmons, R., Carter, S., & Lee, P. (2020). The role of digital technology in promoting social interaction among children. Journal of Educational Psychology, 42(4), 112-124. https://doi.org/10.1080/02637469720020553
Shin, N. (2022). Digital parenting and young children’s media use: A mixed methods study. Computers in Human Behavior, 128, 107084.
Torbeyns, J., Verbruggen, S., & Depaepe, F. (2020). Pedagogical Content Knowledge in Preservice Preschool Teachers and Its Association with Opportunities to Learn During Teacher Training. ZDM - Mathematics Education, 52, 269-280.
Zailan, N. Z., & Mohamad, I. (2023). Satu kajian kes: Mengenalpasti kesan komunikasi ibu bapa dengan anak-anak ketika di rumah. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 12(1), 92–98. https://doi.org/10.37134/jpak.vol12.1.9.2023
Zainiah Mohamed Isa, Iylia Dayana Shamsudin, Grace Annammal Ghana Piragasam, Juppri Bacotang, Mazlina Che Mustafa, Suzani Mohamad Samuri. (2020). Panduan stimulasi perkembangan kanak-kanak untuk ibu bapa: Bahasa dan komunikasi. Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara.
Downloads
Published
Issue
Section
License
Copyright (c) 2025 Nurul Aina Najwa Aremi, Romarzila Omar

This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.


