Seni dalam Tamadun Melayu: Satu Tinjauan ke atas Seni Ukir Melayu Kelantan
Keywords:
seni ukir melayu kelantan, seni ukir, seni ukir istana jahar, seni ukir masjid kampung laut, warisan kelantanAbstract
Seni ukir dapat dilihat dalam berbagai-bagai bentuk dan penghasilan seperti seni ukir kayu dan seni ukir perak. Seperti yang diketahui seni ukir yang wujud pada hari ini mempunyai sejarah yang panjang sejak berabad-abad yang lalu. la tidak dapat ditentukan dari mana asalnya, siapa yang memulakannya dan bila ianya dicipta.
Masyarakat Melayu Iampau mempunyai masa lapang yang banyak dan kebiasaannya masa tersebut akan digunakan untuk berkarya dan berseni. Hasilnya beberapa peralatan telah dijelmakan antaranya gayung, rehal al-Quran dan pengukur kelapa. Dalam masa menyiapkan penghasilan tersebut, timbul minat menghiaskan benda-benda tadi dengan mengukir corak padanya. Alat yang digunakan untuk mengukir di peringkat awal ini adalah terdiri daripada benda-benda tajam seperti pisau, parang dan kapak. Hasil ukirannyajuga berbentuk biasa seperti bentuk gerakan turun naik umpamanya "alunan ombak dilaut" (Md. Din Jusoh, 1983:61).
Usaha ukiran yang secara tidak langsung ini lama-kelamaan menjadi satu rutin di kalangan masyarakat Melayu dan telah menimbulkan minat yang mendalam mendesak mereka mencipta karya-karya yang menarik seperti ukiran bunga, daun, pohon-pohon yang tumbuh menjalar dan Iain-Iain lagi. Pengaruh alam telah memberi ilham kepada mereka dalam menghasilkan corak ukiran bermutu. Malah dalam menjalankan usaha-usaha ukiran secara tidak langsung ini juga mereka telah dapat mencipta alatan yang digunakan untuk mengukir.
Peralatan mengukir dicipta dan ia digantikan dengan peralatan moden sekarang ini tetapi masih mengekalkan asas alatan asal yang dicipta. Walau bagaimanapun, peralatan itu pun telah diperbaharui bentuknya bagi memudahkan mengukir. Namun begitu, keaslian bentuknya (mata-mata pekakas itu) telah dipertahankan. Antara alatan-alatan yang digunakan bagi kegunaan mengukir pada masa ini ialah gergaji, anak tangga, cela, tukul kayu, beliung, pahat persegi, pahat kuku, kikir, ketam, geridi, ekor pari dan batu asah (Mustapha Mohammad, 1982: 89-90).
Kerja-kerja mengukir ini dianggap sebagai kerja sambilan kerana dilakukan untuk peralatan rumah-rumah sendiri sahaja, kecuali bagi pengukir-pengukir di istana raja. Kegiatan tersebut dijalankan tidak lebih daripada memenuhi masa lapang yang terbiar. Pekerjaan ini tidak menjamin kehidupan seseorang kerana ukiran-ukiran yang telah siap tidak menerima permintaan atau pasaran dari masyarakat tempatan malah akan disimpan dengan cara yang tidak terjaga di mana-mana sahaja di rumah mereka sendiri (MCI. Din Jusoh, 1983: 65).
Apabila terdapat pekerjaan Iain yang lebih mendatangkan hasil atau kerja lama boleh dimulai kembali maka kegiatan mengukir yang sementara tadi akan ditinggalkan begitu sahaja. Jika terdapat masa lapang yang Iain di masa hadapan, mungkin ukiran tersebut akan disambung kembali, kalau tidak pun akan terus tinggal begitu sahaja terus-menerus. Oleh sebab itu, kerap kali kitajumpai tinggalan ukiran lama yang separuh siap. Tambahan pula corak ukiran yang diilhamkan itu Iahir secara spontan setelah benda-benda yang mereka hasilkan itu siap dikerjakan. (Md. Din Jusoh, 1983: 68) Keadaan yang ada menggambarkan bahawa kegiatan ukir mengukir bukan suatu kerja yang penting pada asalnya tetapi lebih sebagai mengisi masa lapang.
Downloads
References
Mohd Roselan Ab Malek, 1993. Negeri Kelantan Darul Naim. Selangor: Penerbit Prisma Sdn Bhd.
Mohd Roselan Ab Malek dan Azmi Yusoff, 1998. Siri Kenali Negerimu Kelantan Darul Naim. Selangor: Penerbit Prisma Sdn Bhd.
Mustapha Mohammad dalam Khoo Kay Kim, 1982. Warisan Kelantan. Kota Bahru: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Istana Jahar.
Nik Mohamed bin Nik Mohd Salleh, 1985. Warisan Kelantan IV. Kelantan: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.
Nik Mohammed bin Nik Mohd Salleh, 1986. Warisan Kelantan V. Kota Bahru: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan Istana Jahar.
Nik Mohamed bin Nik Mohd Salleh, 1990. Monagraf Perbadanan Muzium Negeri Kelantan — Warisan Kelanatan IX. Kelantan: Perbadanan Muzium Negeri Kelantan.