TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH

Authors

  • Sazwani Suhaimi
  • Noor Shah Saad
  • Sazelli Ab Ghani

Keywords:

Amalan komunikasi, guru matematik, persepsi guru, persepsi pelajar

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk mengenal pasti dan membuat perbandingan antara persepsi pelajar dan persepsi guru tentang amalan komunikasi guru matematik semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah. Lima aspek amalan komunikasi guru matematik yang dikaji termasuklah mencabar, memberi galakan dan pujian, sokongan bukan verbal, memahami dan peramah, serta mengawal. Artikel ini membincangkan hasil tinjauan yang melibatkan penggunaan soal selidik TCBQ (Teachers’ Communication Behavior Questionnaires) versi Bahasa Melayu. Soal selidik ini telah diedarkan kepada 521 orang pelajar sekolah menengah dan 76 orang guru matematik. Persepsi pelajar terhadap amalan komunikasi guru matematik sekolah menengah semasa pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah dianalisis dan perbandingan dibuat antara persepsi pelajar dan persepsi guru. Dapatan kajian menunjukkan amalan komunikasi guru berada pada tahap yang sederhana berdasarkan skor min persepsi pelajar manakala tahap tinggi berdasarkan skor min persepsi guru. Analisis ujian-t sampel tidak bersandar menunjukkan wujud perbezaan yang signifikan antara persepsi guru dan persepsi pelajar secara keseluruhan dan bagi kelima-lima aspek komunikasi guru. Kajian turut mendapati guru menganggap amalan komunikasi mereka lebih baik berbanding pendapat pelajar. Perbezaan persepsi antara guru dan pelajar memberi indikasi kepada guru pentingnya mendengar pendapat pelajar bagi mengetahui keadaan sebenar yang berlaku dalam bilik darjah.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-04-19

How to Cite

Suhaimi, S., Saad, N. S., & Ab Ghani, S. (2019). TINJAUAN TENTANG AMALAN KOMUNIKASI GURU MATEMATIK SEKOLAH MENENGAH. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 3(1), 12–24. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2018

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>