KAJIAN AWAL TENTANG PENERAPAN NILAI DALAM PENGAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA

Authors

  • Aisyah Nyimas
  • Mohd. Uzi Dollah
  • Noor Shah Saad

Keywords:

Penerapan, nilai pendidikan umum, nilai pendidikan matematik, nilai matematik

Abstract

Kajian awal ini bertujuan untuk meneroka nilai-nilai yang diterapkan guru dalam pengajaran matematik, dengan responden adalah satu orang guru matematik di SMP Negeri 15. Data dikumpul secara kualitatif melalui temu bual, pemerhatian dan analisis dokumentasi. Pengumpulan data melalui tiga kali proses pengajaran. Setiap proses pengajaran melibatkan temu bual prapengajaran, pemerhatian pengajaran kelas dan temu bual pascapengajaran. Hasil kajian menunjukkan bahawa guru telah melaksanakan tiga kategori nilai dalam pengajaran matematik, iaitu nilai pendidikan umum, nilai pendidikan matematik, dan nilai matematik. Nilai pendidikan umum yang dominan diterapkan guru dalam pengajaran matematik adalah nilai jujur, rasa ingin tahu, teliti, dan disiplin, nilai-nilai matematik yang dominan adalah nilai rasionalisme, nilai objektisme, nilai kawalan, dan nilai keterbukaan, sedangkan nilai pendidikan matematik yang dominan adalah nilai aktivis, nilai instrumental, nilai pengetahuan relevan, nilai teori, nilai aksesibilitas, dan nilai penilaian.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-04-27

How to Cite

Nyimas, A., Dollah, M. U., & Saad, N. S. (2019). KAJIAN AWAL TENTANG PENERAPAN NILAI DALAM PENGAJARAN MATEMATIK DI SEKOLAH MENENGAH PERTAMA. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 3(2), 13–23. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2115

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>