Penerapan nilai matematik dalam kalangan guru matematik Sekolah Menengah Kebangsaan luar bandar

The application of mathematical value among Secondary National Rural School maths teacher

Authors

  • Law Hui Nong Faculty of Sciences and Mathematics Sultan Idris Education University Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Mazlini Adnan Faculty of Sciences and Mathematics Sultan Idris Education University Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol7.2.3.2017

Keywords:

Nilai Matematik, Nilai Pendidikan Umum

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka penerapan nilai matematik dan kefahaman nilai matematik dalam kalangan guru matematik sekolah menengah kebangsaan luar bandar. Kajian ini melibatkan tiga orang guru daripada sebuah sekolah menengah kebangsaan di daerah Kapit, Sarawak. Data kualitatif diperoleh melalui pemerhatian pengajaran bilik darjah, temu bual secara individu, catatan lapangan dan rancangan pengajaran harian. Kesemua sesi temu bual dirakam menggunakan alat perakam audio. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penerapan nilai matematik terlaksana dalam pengajaran secara tersirat, khususnya nilai objektisme. Guru-guru matematik mempercayai bahawa sesuatu yang boleh dinampak, seperti objek dapat membantu murid membina konsep matematik yang lebih kukuh. Dapatan ini juga memperlihatkan guru berperanan menerangkan konsep pada awal pengajaran, di samping contoh sebelum akhirnya menyuruh pelajar menyelesaikan masalah. Pengajaran matematik didapati lebih berpusatkan guru di mana guru akan mencuba memastikan pelajarnya mendengar segala yang diajar dan diarahkan oleh guru. Pengajaran sebegini dianggap oleh guru lebih berkesan dan mudah difahami pelajar. Dengan kecenderungan guru sebeginilah yang memungkinkan pelajar menjadi kurang berkeupayaan untuk berdikari dalam pembelajaran matematik mereka. Jadi, nilai matematik seperti rasionalisme yang mementingkan penghujahan murid dan nilai keterbukaan yang menggalakkan murid membuktikan sesuatu formula kurang dititik beratkan. Selain itu, dapatan ini memperlihatkan nilai matematik merupakan komponen nilai yang terlalu asing bagi guru yang terlibat dalam kajian ini. Ketiga – tiga sampel kajian ini berpendapat bahawa nilai matematik adalah sama dengan nilai- nilai murni, iaitu nilai pendidikan umum.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Mohd Uzi Dollah. (2007). Penerapan nilai dalam pengajaran guru matematik sekolah menengah: satu kajian kes. Tesis yang tidak diterbitkan. Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang, Malaysia.

Mohd Uzi Dollah. (2012). Cabaran Penerapan Nilai Matematik Dalam Pengajaran Matematik Sekolah Menengah. Jurnal Pendidikan Sains dan Matematik Malaysia. 38 – 50.

Mohd Uzi Dollah & Lim Chap Sam. (2009). Penerapan nilai pendidikan matematik dalam pengajaran matematik di sekolah menengah. Journal Sains dan Matematik, 1(2), 29 – 40.

Wan Zah Wan Ali, Sharifah Kartini Said Husain, Habsah Ismail, Ramlah Hamzah, Mat Rofa Ismail, Mohd. Majid Konting & Rohani Ahmad Tarmizi (2005). Kefahaman guru tentang nilai matematik. Jurnal Teknologi Universiti Teknologi Malaysia, 43(E) Dis. 2005: 45–62.

Noor Shah Saad & Sazelli Ab. Ghani. (2008). Teaching mathematics in secondary schools:Theories and practices. Tanjung Malim, Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Bishop, A. J, FitzSimons, G., Seah, W. T., & Clarkson, P. (1999). Values in mathematics education: Making values teaching explicit in the mathematics classroom. Australia: Values and Mathematics Project (VAMP).

Chien Chin & Fou-Lai Lin (2001). Value-loaded activities in mathematics classroom. In M. v. d. Heuvel-Panhuisen (Ed.), Proceedings of the 25th conference of the International Group for the Psychology of Mathematics Education, 2. Utrecht. The Netherlands: Freudenthal Institute. Halaman 249-256.

Bishop, A. J. (2000). Overcoming obstacles to the democratisation of mathematics education. Regular lecture presented at the Ninth International Congress on Mathematics Education, Makuhari, Japan.
Dede, Y. (2006). Mathematics educational values of college students’ towards function concept. Eurasia Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 2 (1), 82-102. Retrieved September 1, 2006, from
http://www.ejmste.eom/012006/ d6.pdf

Fang-Chi Lin, Chih-Yeuan Wang, Chien Chin & Gi-Yuan Chang (2006). Why Students Teachers or Do Not Teach The Professe Values? Proceedings 30th Conference of the International Group for the Psychology of Mathematics Education, Vol. 4, pp. 81-88. Taiwan: Department of Mathematics, National Taiwan Normal University General Education Centre, Lan Yang Institute of Technology.

Downloads

Published

2017-12-15

How to Cite

Hui Nong, L., & Adnan, M. (2017). Penerapan nilai matematik dalam kalangan guru matematik Sekolah Menengah Kebangsaan luar bandar: The application of mathematical value among Secondary National Rural School maths teacher. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 7(2), 31–42. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol7.2.3.2017

Most read articles by the same author(s)