Analisis Simetri Reka Bentuk Kesenian Melayu Dalam Perspektif Etnomatematik

Symmetry Analysis Of Malay Art Design In Ethnomathematics Perspectives

  • Rushana Sulaiman Jabatan Seni dan Reka Bentuk, Fakulti Seni Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Halim Husain Pusat Pengajian Pasca Siswazah, Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan, Kuala Lumpur
Keywords: Simetri, Apresiasi seni, Kesenian Melayu, Etnomatematik

Abstract

Kertas kerja ini adalah untuk meneliti secara ilmiah makna yang dirujuk kepada konsep kesenian Melayu melalui aspek dan pemikiran etnomatematik. Ianya boleh dilihat menerusi seni ukiran, seni anyaman, seni lukis, seni bina dan seni tekstil. Corak dan motif dalam hasil kesenian Melayu kaya dengan nilai dan amalan matematik yang boleh dilihat melalui reka bentuk geometri. Kajian ini merupakan kajian analisis simetri yang menerapkan kaedah kualitatif. Reka bentuk kesenian dianalisis dalam konteks formalistik bagi menghuraikan konsep simetri yang wujud dalam pendekatan etnomatematik. Pengumpulan data bertulis dan visual dibuat melalui kaedah dokumentasi, visual rakaman, dan pemerhatian bagi mendapatkan maklumat. Dapatan kajian mendapati hubung kait antara seni dan matematik tidak dapat disangkal lagi kerana melalui keindahan hasil kerja kesenian juga mempunyai keindahannya dari aspek matematik. Implikasi daripada penyelidikan ini bertujuan melihat kesenian bukan sahaja daripada sudut apresiasi seni, malahan boleh diperluaskan kepada pelbagai perspektif falsafah ilmu, khususnya dalam aspek matematik

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abd Rasid Ismail. 2014. Kesenian Dan Fabrik Melayu: Alam Sebagai Motif Kraf Tangan Fabrik Melayu
tradisi. Shah Alam: Penerbit Universiti Teknologi Mara.

Abdul Razak Salleh. 2009. Matematik Dalam Budaya Melayu. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Adnan Jusoh,Yunus Sauman & Zuliskandar Ramli. (2011). Gendang Gangsa di Asia Tenggara: Tinjauan terhadap Motif Berunsur Geometri. SARI: Jurnal Alam dan Tamadun Melayu, 29, 21-44.

Haziyah Hussin. 2006. Motif Alam Dalam Batik Dan Songket Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Ismail Said & Ahmad Saifuddin. 2001. Spesis-Spesis Kayu Dalaman Ukiran Melayu. Skudai: UTM Press.

Jasman Ahmad & Siti Razmah Idris (1996). Ukiran Melayu. Petaling Jaya: Penerbit Pinang.

Mat Rofa Ismail, Rohani Tarmizi, Fauzi Ayub, Norbaizura Yusof & Sharifah Kartini. 2012. Seni Warisan
Melayu: Suatu Manifestasi Etnomatematik. Rampaian Etnomatematik. Universiti Putra Malaysia: Institut Penyelidikan Matematik.

Mat Rofa Ismail. 2004. Etnomatematik. Matematik Merentas Tamadun. Falsafah Pengajian Sejarah Matematik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Sabrizaa Abd Rashid. (2009). Cadangan Kaedah Kod ’S’ Bagi Penamaan Dan Penentuan Motif Bunga Ukiran Melayu Dalam Proses Inventori. Persidangan Antarabangsa Kesenian 2009 - Seni Dekorasi: Pelestarian & Pembangunan. Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya, 1-13.

Mat Rofa Ismail & Kamel Ariffin Atan. (2010). Mathematics in the Malay world Prior to the Arrival of Western Mathematics. Procedia Social and Behavioral Sciences, 8, 729-734.

Nik Hassan Shuhaimi, Zuliskandar Ramli, Othman Yatim & Ros Mahwati Wan Salleh (2011). Kesenian Melayu Islam: Jiwa Islam Dalam Pengkaryaan. Universiti Kebangsaan Malaysia: World Congress For Islamic History and Civilization - Islamic Art (WCIHAC). 27-52.

Nor Maizan Abdul Aziz, Rokiah Embong. 2016. Mathematical Transformations and Songket Patterns. European Science Publishing Ltd.

Norhaiza Nordin. 2010. Pengaruh Reka Bentuk Corak Dan Motif Dalam Seni Ukir Melayu. Dalam Buku Zawiyah Baba Warisan Seni Ukir Kayu Melayu. Institut Alam Dan Tamadun Melayu. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi.

Othman Yatim. 2000. Mengukir Kegemilangan Lalu: Biografi Wan Su Othman. Penerima Anugerah Seni Negara 1997. Kuala Lumpur: Kementerian Kebudayaan, Kesenian Dan Pelancongan

Ruzaika Omar Basaree. (2016). Simbiosis: Keharmonian Seni Tradisional Dan Seni Digital Kontemporari. Balai Seni Visual Negara. Kuala Lumpur.

Ruzaika Omar Basaree. (2008). The Frieze Pattern in Malay Wood Carving. Jurnal Perintis Pendidikan, 43-47.

Siti Zainon Ismail. 2018. Reka Bentuk Kraf Tangan Melayu Tradisi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Nor Ziahidayu Amzee Zamri, Nor Haniza Sarmin, Noor Aishikin Adam & Atikah Mohd Sani. (2014). Modelling Of Tudung Saji Weaving Using Elements in Group Theory. Johor. Jurnal Teknologi 70 (5), 1159-64.

Tarmizi Anuwar (2013). Falsafah Etnomatematik. Seminar Ethnosains Akademi Sains Islam Malaysia (ASASI) Ke-2.Pusat Dialog Peradaban. Petaling Jaya: Universiti Malaya, 1-4.
Published
2019-08-09
How to Cite
Sulaiman, R., & Husain, H. (2019). Analisis Simetri Reka Bentuk Kesenian Melayu Dalam Perspektif Etnomatematik. Journal of Science and Mathematics Letters, 7, 72-84. https://doi.org/10.37134/jsml.vol7.8.2019