Pembinaan Modul Multimedia untuk Pembelajaran Simetri Molekul bagi Kursus Kimia Tak Organik

Development of Multimedia Module for Learning Molecular Symmetry Topic in Inorganic Chemistry

Authors

  • Noorshida Mohd Ali

Keywords:

Modul multimedia, 3-dimensi; simetri molekul; interaktif; struktur molekul; kimia tak organik., (Multimedia module 3-dimensional; molecular symmetry; interactive; molecular structure; inorganic chemistry)

Abstract

Pembinaan modul multimedia bagi topik Simetri Molekul telah berjaya dihasilkan menggunakan beberapa perisian multimedia. Perisian Swift 3D Version 4.50 telah digunakan untuk membuat struktur molekul model ‘ball and stick’ tiga dimensi (3D) yang melibatkan kombinasi grafik animasi dan statik. Animasi dilakukan untuk setiap operasi putaran dan pantulan, masing-masing melalui paksi dan satah ke atas molekul. Lukisan molekul dua dimensi (2D) juga disertakan menggunakan perisian Chem Office 2005 agar para pengguna dapat membuat perbandingan antara kedua-dua jenis molekul tersebut sebelum dan selepas mengalami putaran atau pantulan. Perisian Macromedia Director MX 2004 pula digunakan sebagai tulang belakang perisian di mana segala elemen digabungkan untuk penghasilan bahan multimedia yang interaktif. Satu kajian tinjauan dilakukan untuk menilai modul menggunakan dua set soal selidik, diukur mengikut ukuran skala Likert 5 poin. Hasil kajian mendapati pelajar sangat berminat dan bermotivasi mempelajari topik Simetri Molekul menggunakan modul multimedia yang dibina. Pelajar juga dapat memahami dengan lebih jelas setiap operasi yang berlaku ke atas molekul berbanding dengan hanya melihat molekul statik di dalam buku.

____________________________________________________________________

Development of a multimedia module for Molecular Symmetry topic was successfully designed by using a few multimedia soft wares. Swift 3D Version 4.50 software was used to create ‘ball and stick’ model of molecular structure with 3-dimensional (3D) environments and combination of two different representations of molecules in pictures which were static and moving image (animation). Animation was done for each rotation and reflection operation via the axis and plane respectively. As a comparison, pictures of molecules for 2 dimensional (2D) were provided by using Chem Office 2005 software. Macromedia Director MX 2004 was used also as software backbone where all the elements were combined together to develop an interactive multimedia module. A survey research was done to evaluate the developed module using 2 sets of questionnares measured by 5 points Likert scale. The results showed that students were very interested and motivated to use this developed multimedia module during learning of the Molecular Symmetry topic. Students also understand better for each operation of the molecules rather than looking at the static representations of molecules in books.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biography

Noorshida Mohd Ali

Jabatan Kimia, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia.

Downloads

Published

2009-12-09

How to Cite

Mohd Ali, N. (2009). Pembinaan Modul Multimedia untuk Pembelajaran Simetri Molekul bagi Kursus Kimia Tak Organik: Development of Multimedia Module for Learning Molecular Symmetry Topic in Inorganic Chemistry. Journal of Science and Mathematics Letters, 1(2), 65–79. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSML/article/view/378