Penerapan Nilai Pendidikan Matematik dalam Pengajaran Matematik di Sekolah Menengah

The Inculcation of Mathematics Educational Values in Mathematics Teaching in Secondary School

Authors

  • Mohd Uzi Dollah
  • Lim Chap Sam

Keywords:

Nilai pendidikan matematik, nilai formalistik, nilai instrumental, nilai relevan, nilai teoretikal, nilai kebolehcapaian dan nilai penilaian., (Mathematics educational values, formalistic value, instrumental value, relevant value, theoretical value, accessibility value and evaluational value)

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk meneroka penerapan nilai dalam pengajaran matematik dalam kalangan guru matematik sekolah menengah di Malaysia. Kajian ini melibatkan tiga orang guru matematik tingkatan empat dari dua buah sekolah menengah di negeri Selangor. Data kualitatif diperoleh melalui pemerhatian pengajaran bilik darjah, temu bual secara individu, catatan lapangan dan dokumen pengajaran. Kesemua sesi pengajaran dirakam menggunakan alat perakam video, manakala temu bual dirakam menggunakan alat perakam audio. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesemua guru tidak melaksanakan penerapan nilai pendidikan matematik secara eksplisit. Kesemua guru yang terlibat menjelaskan tentang penerapan nilai pendidikan matematik dalam pengajaran hanya setelah ditanya dalam temu bual pra dan pasca pengajaran. Nilai pendidikan matematik yang diterap secara implisit termasuklah nilai formalistik, instrumental, relevan, teoretikal, kebolehcapaian dan penilaian. Tambahan lagi, kesemua guru yang terlibat menunjukkan kecenderungan yang rendah dalam penerapan nilai pendidikan matematik seperti nilai aktivis, relational dan penaakulan juga yang penting untuk menggalakkan pemikiran kritikal dan aktif dalam kalangan pelajar.

___________________________________________________________________

This study is aimed to explore values in mathematics teaching that were inculcated by secondary school mathematics teachers in Malaysia. Three Form Four mathematics teachers from two secondary schools in Selangor participated in the study. Qualitative data were collected through classroom observations, individual interviews, field notes and teaching documents. All teaching sessions were video-taped while the interviews were audio-taped for analysis. The finding of the study indicated that all participants did not consider the inculcation of mathematics educational values to be done explicitly. All participants expressed some incorporated mathematics educational values in their teaching only after being prompted during the pre or post interviews by the researcher. Mathematics education values that were inculcated implicitly include formalistic, instrumental, relevant, theoretical, accessibility and evaluation. In addition, the participants showed very little concern about inculcating mathematics educational values such as activist, relational and reasoning which were important in promoting critical thinking and active learning within the students.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Mohd Uzi Dollah

Department of Mathematics, Faculty of Science and Technology, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia

Lim Chap Sam

School of Educational Studies, Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia.

Downloads

Published

2019-01-19

How to Cite

Dollah, M. U., & Sam, L. C. (2019). Penerapan Nilai Pendidikan Matematik dalam Pengajaran Matematik di Sekolah Menengah: The Inculcation of Mathematics Educational Values in Mathematics Teaching in Secondary School. Journal of Science and Mathematics Letters, 1(2), 29–40. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSML/article/view/356