Pendidikan dan Penyelidikan Matematik Berinspirasikan al-Quran
Education and Research in Mathematics Inspired by al-Quran
Keywords:
al-Quran dan matematik, pemodelan matematik, aritmetik dan aljabar, logik, konsep berpasangan dan songsangan, al-Quran and mathematics, mathematical modelling, arithmatic and algebra, logic, pairs and inverse conceptsAbstract
Artikel ini membicarakan hubungan antara beberapa disiplin matematik seperti aritmetik dan aljabar, logik, pemodelan matematik, konsep berpasangan dan songsangan dengan isi kandungan al-Quran. Beberapa contoh aplikasi klasik dan terkini setiap disiplin tersebut akan dibincangkan. Matlamat artikel ini adalah untuk menekankan kepentingan al-Quran dalam mempelajari matematik dan seterusnya meneroka idea-idea dan penemuan baru dalam bidang ini dengan berlandaskan kitab suci ini.
..........................................................................................................
This article discusses the relationships between some disciplines in mathematics such as arithmetic and algebra, logic, mathematical modelling, pairs and inverse concepts with several significant verses in the Quran. Some classical and modern applications of each discipline will also be discussed. The main purpose of this article is to highlight the importance of the Quran in learning mathematics and perhaps exploring new ideas and discoveries in this area based on the Holy book.