Sistem Sokongan Keputusan untuk Menilai dan Memantau Prestasi Guru: Kajian Rintis di SMK Bachok, Kelantan

Decision Support System for Evaluating and Monitoring Teacher Performance: A Pilot Study at SMK Bachok, Kelantan

Authors

  • Suzani Mohamad Samuri UPSI
  • Hermaelisrani Abdul Ghani UPSI
  • Bahbibi Rahmatullah3 UPSI
  • Nurul Syakilah Ab Aziz UPSI

Keywords:

sistem sokongan keputusan, petunjuk prestasi utama, alat pemantauan petunjuk prestasi utama, prestasi guru, kaedah jumlah wajaran

Abstract

Kajian ini mencadangkan sistem yang lebih mudah dan berkesan untuk penilaian prestasi guru-guru di sekolah menggunakan Sistem Sokongan Keputusan (Decision Support System, DSS) yang dipanggil Key Performance Indicator-Monitoring Tool (KPI-MT). Antara muka sistem ini telah dibangunkan dengan menggunakan perisian Macromedia Dreamweaver, manakala PHP Hypertext Preprocessor (PHP) versi 5.2.9 digunakan sebagai bahasa skrip dan MySQL versi 5.0 sebagai sistem pengurusan pangkalan data. DSS dalam sistem KPI-MT juga turut menggunakan kaedah jumlah wajaran (Weighted Sum Method, WSM) untuk mengira markah keseluruhan guru-guru dan juga untuk menentukan sama ada prestasi guru dalam tahun itu adalah sangat baik, baik, sederhana, kurang memuaskan atau lemah. Dengan sistem KPI-MT, pengetua sekolah boleh memantau prestasi guru bermula dari tahun pertama perkhidmatan guru di sekolah. Untuk memastikan bahawa keseluruhan sistem yang dibangunkan memenuhi keperluan sekolah dan untuk melihat sama ada antaramuka yang dibina adalah mesra pengguna atau tidak, satu kajian kebolehgunaan telah dijalankan. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan kaji selidik dengan set soalan kepada sepuluh responden dan data yang dikumpul dianalisis dengan menggunakan Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 21.0. Keputusan menunjukkan bahawa pengguna yang kebanyakannya guru-guru dan bakal guru berpuas hati dengan sistem KPI-MT kerana mudah untuk digunakan, dimana mereka tidak memerlukan bantuan teknikal untuk mengendalikan sistem ini. Dengan ciri-ciri tambahan yang terdapat pada prototaip KPI-MT ini, seperti paparan graf dan keupayaan untuk memantau prestasi guru-guru setiap tahun, maka adalah dilihat bahawa prototaip ini berpotensi untuk menggantikan sistem KPI yang sedia ada di sekolah bagi membantu pihak pengurusan sekolah terutamanya pengetua, untuk menilai dan memantau prestasi guru dengan lebih baik dan efisyen.

This study suggests a simpler and more effective system for teacher performance evaluation in schools using a Decision Support System (DSS) called Key Performance Indicators Monitoring Tool (KPI-MT). The system interface was developed using Macromedia Dreamweaver, while PHP Hypertext Preprocessor (PHP) version 5.2.9 is used as a scripting language and MySQL version 5.0 as the database management system. DSS in KPI-MT system use a weighted sum method (WSM) to calculate an overall score of teachers, and also to determine whether the performance of teachers in that year was very good, good, fair, poor, or weak. With KPI-MT system, school principals can monitor teacher’s performance from the first year of their service at schools. To ensure that the whole system was developed to meet the needs of the school and to see whether the interface is user-friendly or not, a usability study was conducted. The study was conducted using a survey with ten sets of questions and the data collected were analyzed using Statistical Package for Social Sciences (SPSS) version 21.0. The results show that users who are mainly teachers and prospective teachers, are satisfied with KPI-MT system which is easy to use, where they do not require technical assistance to operate the system. With additional features on the KPI-MT prototype, such as the display of graphs and the ability to monitor the performance of teachers every year, it is seen that the prototype has potentials to replace the KPI system existing at the school to assist the school management especially the principals, in assessing and monitoring teacher’s performance efficiently.

Downloads

Download data is not yet available.

Downloads

Published

2019-06-29

How to Cite

Mohamad Samuri, S., Abdul Ghani, H., Rahmatullah3, B., & Ab Aziz, N. S. (2019). Sistem Sokongan Keputusan untuk Menilai dan Memantau Prestasi Guru: Kajian Rintis di SMK Bachok, Kelantan: Decision Support System for Evaluating and Monitoring Teacher Performance: A Pilot Study at SMK Bachok, Kelantan. Journal of ICT in Education, 3, 55–72. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JICTIE/article/view/2608