Meneroka cabaran interaksi sosial guru perdana dalam pengajaran ke atas murid inklusif di aliran perdana
DOI:
https://doi.org/10.37134/bitara.vol16.sp.4.2023Keywords:
Elemen, interaksi sosial, guru perdana, inklusifAbstract
Kebanyakkan sekolah di pelbagai peringkat melaksanakan Pendidikan Inklusif kerana peningkatan enrolmen murid inklusif di arus perdana sebanyak 75% saban tahun. Ia menepati sasaran KPM dalam Gelombang 3 dalam PPPM 2021-2025. Pendidikan Inklusif merupakan salah satu komponen penting dalam sistem pendidikan di Malaysia yang diinspirasikan dari pelbagai deklarasi antarabangsa. Pendidikan Inklusif masih lagi belum mencapai sasaran dan pendekatan terkini hanya memberi fokus ke atas kesediaan pelaksanaan pendidikan inklusif sahaja. Namun, kurang kajian yang membincangkan tentang aspek cabaran interaksi sosial guru inklusif dalam pengajaran secara khusus. Kajian kes tunggal ini dijalankan di Selangor ke atas tujuh peserta kajian yang dipilih menggunakan persampelan bertujuan dengan nilai kebolehpercayaan Kappa 0.98 setelah 3 orang panel pakar membuat semakan dan pengesahan item. Instrumen ini dilaksanakan sebaik sahaja kajian rintis dijalankan dan menemukan satu tema baru iaitu sokongan sosial dalam interaksi sosial. Teknik pengumpulan data yang digunakan pengkaji ialah teknik temu bual sebagai data primer dan pemerhatian tidak turut serta dijadikan data sekunder. Pengkaji membuat triangulasi di antara data temu bual dan pemerhatian bagi meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan data. Hasil kajian mendapati terdapat empat aspek yang perlu ada dalam kesediaan pengajaran guru perdana iaitu sokongan emosi, pengurusan bilik darjah, sokongan instruksional dan sokongan sosial. Sokongan sosial merupakan penemuan baru dalam kajian ini yang tidak dinyatakan oleh pengkaji terdahulu dalam Model Pengajaran Interaksi. Guru memiliki keupayaan sosial yang agak baik semasa pengajaran namun mereka memerlukan sokongan dari pentadbir khususnya dalam menyediakan latihan khusus kepada guru perdana mendalami konsep serta amalan pengajaran sebenar Pendidikan Inklusif. Hasil dapatan bersama peserta kajian mereka berdepan dengan kesulitan dalam pengajaran yang melibatkan keperluan guru memberi sokongan emosi kepada murid, menguruskan bilik darjah, keupayaan memberi sokongan pengajaran kepada semua murid termasuklah keperluan sokongan sosial khasnya dari pihak pentadbir. Oleh itu, kajian lanjutan perlu diteruskan bagi melihat sejauh mana data statistik dapat menyokong dapatan kualitatif ini.
Downloads
References
Apak, J., & Taat, M. S. (2018). Pengaruh Kesediaan Guru Terhadap Pengurusan Bilik Darjah Abad Ke-21. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 3(4),6-22.
Bronfenbrenner Urie. (1979). The Ecology of Human Development Experiments By Nature And Design. Harvard University Press.
Gamlem, S. M. (2019). Mapping teaching through interactions and pupils’ learning in mathematics. SAGE Open, 9(3), 1–13. https://doi.org/10.1177/2158244019861485
Hendri, N. (2019). Lingkungan Pembelajaran Yang Produktif dan Kondusif. E-Tech, 7(6), 1–9. https://doi.org/10.1007/XXXXXX-XX-0000-00
Joohari Hassan, & Mahizer Hamzah. (2020). Halangan-halangan pengurusan sekolah rendah dalam mewujudkan sekolah berkesan di Zon Utara (Perlis, Kedah dan Pulau Pinang): Tindakan dan keperluan Guru Besar dan Guru-guru Penolong Kanan menanganinya. Jurnal Pendidkan Bitara Upsi, 13(2), 12–28. https://doi.org/10.37134/bitara.vol13.2.2.2020
K. Denzin, N. & S. Lincoln, Y. (2018). The Sage Handbook of Qualitative Research. In Synthese (Fifth Edition, Vol.195,Issue 5). SAGE Publications Inc.
Kementerian Pelajaran Malaysia (2022). Buku Data Pendidikan Khas 2022. Bahagian Pendidikan Khas.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2017). Dasar Pendidikan Kebangsaan. Putrajaya.
K. Yin, R. (2011). Qualitative Research From Start to Finish. The Guilford Press.
L.S. Vygotsky. (1997). Educational Psychology (1st). Taylor&Francis.
Miller, R. (2011). VYGOTSKY in Perspective (First Edit). Cambridge University Press.
Mohd Syaubari Othman, B., Afifi Bahuruddin Setambah, M., Rosli Shuib, T., Zaquan Zainol, M., Anisa Musa, N., Hoshan, H., Hassan Mohamad Hanapi, M., & Talib Bin Mohamad Hashim, A. (2022). The Relationship Between Gamification Implementation And Student Involvement. Resmilitaris, 12(2), 2785–2796. https://resmilitaris.net/menu-script/index.php/resmilitaris/article/view/377
Noraini Idris (2013). Penyelidikan Dalam Pendidikan (Edisi Kedua) Mc Graw Hill Education.
Pöysä, S., Vasalampi, K., Muotka, J., Lerkkanen, M. K., Poikkeus, A. M., & Nurmi, J. E. (2018). Teacher–student interaction and lower secondary school students’ situational engagement. British Journal of Educational Psychology, 89(2), 374–392. https://doi.org/10.1111/bjep.12244
Rosmalily Salleh, & Woollard, J. (2019). Inclusive education: Equality and equity (Teachers’ views about inclusive education in Malaysia’ s primary schools). Journal Pendidikan Bitara UPSI, 12, 72–83.
Saldana, J. (2013). The Coding Manual for Qualitative Research (Second). SAGE Publications, Inc.
Salleh, S. F., & Che Omar, M. (2018). Masalah pengajaran guru dalam program pendidikan inklusif di sekolah. Asian People Journal (APJ), 1(2), 243-263.
UNESCO. (2018). Sub-Education Policy Review Report: Inclusive Education. United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization.
Wang, Y. (2009). Impact of Lev Vygotsky on special education. Canadian Social Science, August, 100-104.
Zaini Abdullah. (1996). Akta Pendidikan 1996 dan Peraturan Pendidikan. 1-31.
Downloads
Published
How to Cite
Issue
Section
License
Copyright (c) 2023 Nazrah Jamaludin , Kama Shaffeei
This work is licensed under a Creative Commons Attribution-NonCommercial-ShareAlike 4.0 International License.