Pengurusan Daya Intelek Kanak-Kanak Melalui Rangsangan Imaginasi dalam Episod Cari dan Simpan Berdasarkan Prinsip Kepimpinan

Authors

  • Norsaliza Mohd Shuhaini Institut Peradaban Melayu, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Azhar Wahid Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/peradaban.vol15.4.2020

Keywords:

daya, intelek, imaginasi, animasi, Prinsip Kepimpinan, kanak-kanak

Abstract

Alam pembelajaran kanak-kanak bermula dengan tercetusnya satu pengalaman. Membesar dalam kemajuan pembangunan teknologi dan perisian evolusi abad ke 21 mencabar proses perkembangan intelek kanak-kanak. Intelligent Quotient (IQ), iaitu kecerdasan akal semata-mata tidak menjanjikan keseimbangan dan kejayaan dalam pengurusan kehidupan Kekaguman dan ketinggian intelek yang terkandung di dalamnya mempamerkan kerelevanan dalam upayanya mengendalikan daya intelek dan imaginasi kanak-kanak. Terdahulu, kanak-kanak leka dengan sastera lisannya tetapi gaya hidup kini mengubah kehidupan semula jadi kanak-kanak melalui ledakan informasi pembangunan teknologi yang berupaya mempengaruhi minda kanak-kanak dengan maklumat kurang tepat dan mengelirukan. Dengan menggunakan bahan tontonan kartun animasi Upin dan Ipin, objektif kajian ini dijalankan adalah untuk menganalisis bagaimana kanak-kanak menguruskan daya intelek dalam episod “Cari dan Simpan”. Kajian ini dijalankan dengan menggunakan Prinsip Kepimpinan yang terkandung dalam Pendekatan Pengurusan (Mohammad Mokhtar Abu Hassan, 2013). Pemaparan episod Upin dan Ipin ini memperlihatkan pengurusan daya intelek dan rangsangan imaginasi kanak-kanak dalam menguruskan kehidupan tanpa sengaja, tiada paksaan dan tiada kekasaran yang  hanya akan menghentikan proses pembelajaran kanak-kanak.  Hasil daripada kajian ini menjelaskan dalam proses kanak-kanak mencari logik, mereka banyak menggunakan daya intelek dan rangsangan imaginasi bagi membentuk realiti dalam kehidupan dengan memikirkan cara menyelesaikan masalah yang dihadapi. Selain itu, dapatan kajian ini juga dapat memberikan sumbangan dari segi penambahan kajian-kajian berkaitan dengan pengurusan kehidupan kanak-kanak.

Downloads

Download data is not yet available.

References

A. Aziz Deraman. (2005). Intelektualisme budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Budaya.

Ahmad Esa, Baharom Mohamad & Siti Nasrah Mukhtar. (2007). Peranan multimedia di dalam pembelajaran kanak-kanak. Johor Bharu: UTHM.

Arbai’e Sujud, Nik Rafidah Nik Muhammad, Affendi & Asiah Abdul Rahman. (2001). Sastera Melayu suatu pengantar edisi baharu. Kuala Lumpur: Tinta Press Sdn Bhd.

Bandura, A. (1997). Social learning theory. Amarika: New Jersey.

Jamalludin Harun & Zaidatun Tasir. (2005). Animasi dari helaian kertas ke skrin digital. Selangor: Ventor Publishing.

Lambert. L, (2010). Keupayaan kepimpinan untuk pembangunan sekolah yang berterusan. (Balasandran A. Raliah, Nor Asikin Salleh dan Junaidah Abdul Jamil, Penterjemah). Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Negara Malaysia Berhad dan Institut Aminuddin Baki.

Maira Akbal. Pengaruh animasi dalam perkembangan tutur kata dan pembentukan tingkah laku kanak-kanak. Diperoleh daripada http://www.academia.edu/11740185/PENGARUH_ANIMASI_DALAM_PERKEMBANGAN_TUTUR_KATA_DAN_PEMBENTUKKAN_TINGKAH_LAKU_KANAK-KANAK_ BAB_1_.

Mescon, M.A. & Khedouri, F. (1985). Management: Individual and organizational effectivenss. New York: Harper & Rom.

Mohamad Zuber Ismail, Sara Beden & Mohamad Mokhtar Hassan. (2015). Hikayat Awang Sulung Merah Muda dari perspektif Pendekatan Pengurusan. Jurnal Pengajian Melayu, 26, 95-116.

Muhammad Mokhtar Abu Hassan. (2013). Pendekatan Pengurusan: Satu metode dalam Kritikan Sastera. Himpunan Ilmuan Sastera Melayu Malaysia Kedua Universiti Pendidikan Sultan Idris, 4-5 Oktober, 2013.

Perloff, R. (1997). Mass media effects. Amarika Syarikat: Universiti Virgin.

Shahbuddin Hashim & Noor Miza Abdul Rahman. (2014). Pendidikan sosioemosi kanak-kanak. Pahang: PTS Publication & Distributors.

Soekarso & Iskandar Putong. (2015). Kepimpinan: Kajian teoritis dan praktis. Putong: Karya Iskandar.

Sofian Ibrahim. (1999). Prinsip Pengurusan. Skudai: Muapakat Jaya Percetakan Sdn. Bhd.

Tenas Effendy. (2000). Pemimpin dalam ungkapan Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Wan Anita Wan Abas & Azizah Hamzah. (2013). Media dalam kehidupan dan perkembangan kanak-kanak. Jurnal Pengajian Media Malaysia, 15(2). 27-39.

Yusliza Yakimir Abd Talib. (2011). EQ asas pembelajaran Tadika Bintang Pintar. Diperoleh daripada http://www.majalahpama.my/mobile/kanak-kanak/eq-asas-pembelajaran-tadika-bintang-pintar-1.10121.

Zulzaidi Mahmud. (2008). Pengaruh televisyen terhadap minda kanak-kanak. Diperoleh daripada https://zulzaidi.wordpress.com/2008/03/18/pengaruh-televesyen-terhadap-perkembangan-minda-kanak-kanak/.

Downloads

Published

2020-12-30

How to Cite

Mohd Shuhaini, N., & Wahid, A. (2020). Pengurusan Daya Intelek Kanak-Kanak Melalui Rangsangan Imaginasi dalam Episod Cari dan Simpan Berdasarkan Prinsip Kepimpinan. Jurnal Peradaban Melayu, 15, 38–52. https://doi.org/10.37134/peradaban.vol15.4.2020

Most read articles by the same author(s)