Tahap Kebolehan Pelajar Mendefinisikan Patriotisme Melalui Pengajaran Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa
DOI:
https://doi.org/10.37134/peradaban.vol15.6.2020Keywords:
Patriotisme, Novel, Leftenan Adnan Wira BangsaAbstract
Kajian berkaitan Tahap Kebolehan Pelajar Mendefinisikan Patriotisme melalui Pengajaran Novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ini bertujuan menilai kebolehan pelajar mendefinisikan patriotisme dengan tepat melalui pengajaran novel Leftenan Adnan Wira Bangsa yang menjadi teks kajian novel pelajar tingkatan empat. Kajian ini dibuat melalui penilaian di dalam kelas. Kajian ini juga bertujuan menguji Teori Teksdealisme terhadap novel yang dikaji. Reka bentuk kuantitatif digunakan untuk mendapatkan data penilaian berstruktur di dalam kelas. Instrumen kajian digunakan iaitu teks novel yang dikaji, set soalan dan rekod anekdot yang telah disemak oleh pakar untuk tujuan kesahan serta kebolehpercayaan. Pemilihan subjek kajian dijalankan secara persampelan kebarangkalian melibatkan 35 orang responden yang terdiri daripada pelajar tingkatan empat di Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Sentosa, Selangor. Penilaian pra dan pasca pengajaran yang dibuat adalah berdasarkan Model Penilaian Formatif Tessmer (1993). Data kajian dianalisis dengan menggunakan analisis teks anekdot yang dijalankan semasa penilaian pra dan pasca dilakukan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar mampu mendefinisikan ‘patriotisme’ dengan lebih tepat setelah mempelajari novel ini. Kesimpulannya, novel Leftenan Adnan Wira Bangsa merupakan sebuah novel yang dikarang oleh penulis yang ideal kerana mempunyai banyak unsur patriotisme dan mampu melahirkan pelajar yang boleh menjelaskan makna patriostisme dengan tepat. Implikasi kajian menunjukkan bahawa penggunaan novel ini dapat menjadikan proses menyemai rasa patriotik dalam diri pelajar selaku pembaca menjadi lebih pantas serta relevan.
Downloads
References
A. Ghani Abdullah. (2009). Mengurus Tingkah Laku Pelajar. Kuala Lumpur: PTS Profesional.
A. Halim Ali, Mana Sikana & Mohd Rosli Saludin. (2011). Prosiding Sastera Membina Peradaban Bangsa. Budiman Malaysia.
Abdul Lafiff Abu Bakar. (1996). Konsep Patriotisme dan Nasionalisme. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.
Abdul Latip Talib. (2008). Leftenan Adnan Wira Bangsa. Kuala Lumpur: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Abdul Rahman Abdul Aziz. (2014). Isi-Isi Ketahanan Nasional. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan Buku Malaysia Sdn. Bhd.
Abdul Rahman Napiah. (2013). Berdiri di Akar Diri: Kritikan Sastera Melayu Pasca Moden. Kuala Lumpur: Institut Terjemahan dan Buku Malaysia Berhad.
Azizi Yahya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusof Boon & Abdul Rahim Hamdan. (2006). Menguasai Penyelidikan Dalam Pendidikan: Teori, Analisis & Interpretasi Data. Kuala Lumpur: PTS Profesional.
Babbie E. (2010). The Practice of Social Research. Amarika Syarikat: Wadsworth Cengage Learning.
Bhasah Abu Bakar. (2007). Kaedah Analisis Data Penyelidikan Ilmiah. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Creswell, J. W. (2003). Research Design: Qualitative, Quantitative and Mix Methods Approaches. London: Sage Publications.
Daniel Bar Tal dan Ervin Staub. (1997). Patriotism in the Lives of Individuals and Nations. Amarika Syarikat: Nelson.
Fauzi Hussin. (2014). Kaedah Penyelidikan & Analisis Data SPSS. Sintok: Penerbit Universiti Utara Malaysia.
Kamus Dewan Edisi Keempat. (2004). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Mohd Rosli Saluddin, (2012). Kebangkitan Semangat Patriotisme Menentang Fahaman Komunis. (Peny. Abdul Latif Abu Bakar). Institut Peradaban Melayu. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Naffi Mat, (2012). Patriotisme dalam Novel Ratab Rabitah: Perjuangan Seorang Wanita. (Peny. Abdul Latif Abu Bakar). Institut Peradaban Melayu. Tanjong Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Nik Anuar Nik Mahmud, Muhammad Haji Salleh & Abd. Ghapa Harun, (2011). Biografi Tun Abdul Razak: Negarawan dan Patriot. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Tessmer M. (1993). Planning and Conducting Formative Evaluations: Improving the Quality of Education and Training. United Kingdom: Psychology Press.