Keberkesanan Modul Kartun dalam Pengajaran dan Pembelajaran Biologi Tingkatan Empat

The Effectiveness of Cartoon Module in the Teaching and Learning of Form Four Biology

Authors

  • Ong Eng Tek Universiti Pendidikan Sultan Idris
  • Ahmad Nizam Abdullah Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin

Keywords:

Modul kartun, pendidikan biologi

Abstract

Kertas ini melaporkan suatu kajian tentang keberkesanan penggunaan modul kartun dalam pengajaran dan pembelajaran biologi tingkatan 4. Suatu metodologi campuran (mixed methodology) digunakan: reka bentuk kajian kuasi eksperimental pra ujian dan pasca ujian melibatkan sejumlah 58 orang pelajar (29 orang pelajar dalam kumpulan eksperimental dan 29 orang pelajar dalam kumpulan kawalan) digunakan untuk menentukan sejauh mana penggunaan modul kartun memberi kesan terhadap pencapaian dalam biologi manakala kaedah temu bual kumpulan fokus (focus group interview) digunakan untuk mendapatkan pandangan pelajar terhadap penggunaan modul kartun dalam pengajaran dan pembelajaran biologi. Data kajian dianalisis dengan menggunakan kaedah ANCOVA (analysis of covariance) dan hasil dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan (F = 1.14, p = .29 > .05) di antara pencapaian biologi bagi kumpulan pelajar yang diajar menggunakan modul kartun berbanding dengan pencapaian biologi kumpulan pelajar yang diajar dengan kaedah konvensional. Dalam pada itu, analisis data temu bual tentang pandangan pelajar terhadap penggunaan modul kartun dalam pengajaran dan pembelajaran biologi mendapati terdapat tujuh tema utama yang diutarakan oleh pelajar-pelajar yang menggunakan modul kartun tersebut dan tema-tema tersebut merangkumi aspek pertambahan minat, pengintegrasian bersama buku teks, pengupayaan pelajar, peningkatan prestasi, peranan guru, penjimatan masa, dan peningkatan sikap positif.

____________________________________________________________________

This paper reports a study on the effectiveness of cartoon module in the teaching and learning of form 4 biology. A mixed methodology was employed: a pre-test and post-test quasi experimental design involving a total of 58 students (29 students in the experimental group and another 29 students in the control group) was used to determine the effect of using cartoon module on students’ achievement in biology while focus group interview was capitalised to gauge students’ views on the use of cartoon module in the teaching and learning of Biology. When the dataset was analysed using ANCOVA (analysis of covariance), the results indicated that there was no statistically significant difference (F = 1.14, p = .29 > .05) in Biology achievement between students who used cartoon module and students who were taught in the conventional way. Meanwhile, the analysis of interview data revealed seven main themes that emerged from students’ views on the use of cartoon module, namely increasing motivation, integrating with textbooks, empowering students, enhancing achievement, teacher’s role, saving time, and increasing positive attitudes.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Ong Eng Tek, Universiti Pendidikan Sultan Idris

Department of Biology, Faculty of Science and Technology, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900 Tanjong Malim, Perak, Malaysia.

Ahmad Nizam Abdullah, Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin

Sekolah Menengah Kebangsaan Rompin, 26800 Rompin, Pahang

Downloads

Published

2009-12-09

How to Cite

Tek, O. E., & Abdullah, A. N. (2009). Keberkesanan Modul Kartun dalam Pengajaran dan Pembelajaran Biologi Tingkatan Empat: The Effectiveness of Cartoon Module in the Teaching and Learning of Form Four Biology. Journal of Science and Mathematics Letters, 1(2), 105–124. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSML/article/view/412