Kesan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) bagi Topik Ekosistem Terancam Subjek Biologi terhadap Pemikiran Kritis Pelajar

The Effect of Problem-Based Learning (PBL) for Topic of Endangered Ecosystems in Biology Towards Students' Critical Thinking

Authors

  • Siti Azian Azrol Nasoha Bujang
  • Nor Nafizah Mohd Noor

Keywords:

Pembelajaran Berasaskan Masalah, pembelajaran bermodul, pemikiran kritis pelajar, Problem Based Learning, learning through module, critical thinking

Abstract

PBM merupakan salah satu kaedah pembelajaran aktif yang berasaskan teori konstruktivisme sosial. Pembelajaran ini bermula dengan masalah dan pelajar membina idea baru menggunakan pelbagai maklumat, bahan sokongan dan pengetahuan sedia ada. Kaedah pembelajaran ini dilaksanakan secara kolaboratif bagi membantu pelajar membina pelbagai kemahiran untuk menyelesaikan masalah yang diberi. Kajian ini bertujuan untuk mengetahui kesan penggunaan pendekatan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) terhadap pemikiran kritis pelajar dalam topik Ekosistem Terancam bagi mata pelajaran Biologi berbanding kaedah pengajaran tradisional. Kajian ini berbentuk kuasai eksperimen yang melibatkan 60 orang pelajar tingkatan empat iaitu 30 orang dalam kumpulan rawatan dengan menggunakan kaedah pengajaran PBM dan 30 orang dalam kumpulan kawalan menggunakan kaedah pengajaran tradisional. Pengumpulan data telah dijalankan melalui ujian pencapaian pemikiran kritis yang diberi kepada kedua-dua kumpulan pelajar yang terlibat. Ujian Kemahiran Pemikiran Kritis menggunakan instrumen Watson Glaser Critical Thinking Appraisal (WGCTA). Dapatan kajian bagi pencapaian ujian pemikiran kritis pasca pelajar yang mengikuti kaedah PBM adalah lebih tinggi dan signifikan pada aras p<.05 jika dibandingkan dengan pelajar yang mengikuti kaedah pengajaran tradisional. Kesimpulannya, pendekatan PBM dapat meningkatkan pencapaian pemikiran kritis pelajar dalam tajuk Ekosistem Terancam.

------------------------------------------------------------------------------------------

Problem-based learning (PBL) is one of the active learning methods based on the theory of social constructivism. The method was implemented collaboratively to help students develop a range of skills to solve the problems given. The aim of this study was to determine the effect of PBL on students' critical thinking on the topic of Endangered Ecosystems in Biology compared to the traditional method. This quasi experimental study involved 60 form four students in two groups, 30 in the treatment group using PBL teaching method and the other 30 in the control group using traditional methods. Data was collected using Watson Glaser Critical Thinking Appraisal (WGCTA) conducted on both groups of students. The findings showed that critical thinking for post test through PBL method was significantly higher compared to the traditional method teaching with p<0.05. As a conclusion, PBM method had sucessfully enhanced students’ critical thinking skills in the topic Endangered Ecosystem.

Downloads

Download data is not yet available.

Author Biographies

Siti Azian Azrol Nasoha Bujang

Sekolah Menengah Kebangsaan Puncak Alam, Kuala Selangor, Selangor

Nor Nafizah Mohd Noor

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak

Downloads

Published

2014-12-01

How to Cite

Bujang, S. A. A. N., & Mohd Noor, N. N. (2014). Kesan Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) bagi Topik Ekosistem Terancam Subjek Biologi terhadap Pemikiran Kritis Pelajar: The Effect of Problem-Based Learning (PBL) for Topic of Endangered Ecosystems in Biology Towards Students’ Critical Thinking. Journal of Science and Mathematics Letters, 2, 54–62. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JSML/article/view/417