Integrasi Elemen Muzik dalam Pengajaran bagi Meningkatkan Kemahiran Literasi Bahasa Melayu Murid Tahun 3 Berpencapaian Rendah

Authors

  • Nur Kadariah Mansor Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Kama Shaffeei Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Kway Eng Hock Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, 35900, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/bitara.vol19.1.10.2026

Keywords:

unsur muzik, literasi bahasa Melayu , sekolah rendah

Abstract

Kajian ini bertujuan meneroka secara mendalam potensi integrasi elemen muzik dalam meningkatkan kemahiran literasi Bahasa Melayu dalam kalangan murid sekolah rendah berpencapaian rendah. Kajian ini berlandaskan Teori Kecerdasan Pelbagai oleh Howard Gardner yang menekankan kecerdasan muzik sebagai medium sokongan kepada perkembangan linguistik dan kognitif. Reka bentuk kajian berbentuk kualitatif kajian kes melibatkan tiga orang murid Tahun Tiga yang dikenal pasti mempunyai tahap literasi rendah. Data dikumpulkan melalui pemerhatian tidak berstruktur dan berstruktur sepanjang sesi intervensi, temu bual separa berstruktur bersama guru Bahasa Melayu, serta analisis dokumen termasuk lembaran kerja dan refleksi pengajaran. Dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan elemen muzik seperti nyanyian berfokuskan kosa kata, aktiviti ritma bagi kesedaran fonologi, serta lirik berstruktur telah meningkatkan kelancaran bacaan, penguasaan kosa kata dan kefahaman ayat mudah. Murid turut menunjukkan peningkatan dari segi tumpuan, keyakinan dan penglibatan aktif dalam aktiviti literasi. Analisis tematik mendapati faktor seperti kesediaan guru, penyesuaian modul mengikut tahap murid, saiz kelas yang kecil dan persekitaran pembelajaran yang kondusif merupakan pemangkin kepada keberkesanan intervensi. Hasil kajian turut menghasilkan Pelan Pengajaran NKM (Nota, Kaedah dan Modul) sebagai model pedagogi berasaskan muzik yang sistematik dan aplikatif. Implikasi kajian mencadangkan integrasi muzik sebagai strategi literasi inklusif yang berpotensi diperkasa dalam kurikulum sekolah rendah serta latihan profesional guru.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Aliza Ali, & Zamri Mahmod. (2015). Pembangunan modul pendekatan bermain bagi pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa kanak-kanak prasekolah. Jurnal Kurikulum & Pengajaran Asia Pasifik, 3(1), 1-8.

Adam Zulkarnain Saleng. (2020). Kajian Kes Pemupukan Budaya Membaca Dalam Kalangan Murid Sekolah Rendah. Universiti Pendidikan Sultan Idris

Azli Bin Ariffin.2018. Model Elemen Penggunaan Lagu Kanak-kanak Melayu Tradisional Untuk Peningkatan Imaginasi-Kreatif Prasekolah.Kuala Lumpur. University Malaya.

Baharom Mohamad, Mohd. Yusof Abdullah, Shukri Zain, Abdul Said Ambatong, Muhamad Suhaimi Taat & Roslee Talip. 2012. Menguasai kemahiran membaca secara berkesan. Utusan Borneo 22-2-2012 B3 & B4. diakses pada 10 September 2018.

Juppri Bacotang. 2013. Kesan pelaksanaan Modul Literasi Awal (MULA) terhadap kemahiran literasi awal kanak-kanak TASKA. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak 2: 1-21

Kamisah Buang. (2013). Pembangunan dan pengujian modul intervensi membaca Bahasa Melayu prasekolah berbantukan multimedia. Tesis Dr. Falsafah Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2012b. Pelan Strategik Interim Kementerian Pelajaran Malaysia 2011-2020. Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan.

Utusan Online. 19 disember 2018. Pentaksiran Baharu Tahap 1 Melalui Didik Hibur Berteraskan Pelajar. http://www. utusan.com.my/berita/nasional/pentaksiran-baharu-tahap-1- melalui-didik-hibur-berteraskan-pelajar-1.807701. diakses 3 Januari 2019.

Berita Harian. 13 disember 2018. Jadikan Malaysia Negara Membaca Menjelang 2030. http://www.beritaharian.com. my/Berita/Nasional. diakses 4 Januari 2019

Marxen, C., Ofstedal, K., & Danbom, K. (2008). Highly qualified kindergarten teachers: Have they been left behind? Journal of Early Childhood Teacher Education, 29 (1), 81-88.

Mahzan Arshad (2013). Pendidikan literasi awal kanak-kanak: Teori dan amali. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Mahzan Arshad (2019). Pendidikan Literasi awal kanak-kanak : Teori dan amali. Perak: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris

Marohaini Yusoff. (2004. Penyelidikan kualitatif. Kula Lumpur. Penerbit Universiti Malaya.

Umul Khasanah. 2014. Pemanfaatan lagu sebagai pilihan bahan belajar bahasa. Jurnal Aktual 1(2).

Zakiah Mohamad Ashari, Azlina Mohd. Kosnin & Yeo Kee Jiar. 2013. Keberkesanan modul belajar melalui bermain terhadap kefahaman pranombor kanak-kanak prasekolah. 2nd International Seminar on Quality and Affordable Education (ISQAE 2013). Universiti Teknologi Malaysia.

Zaidatun Tasir & Nurul Amirah Mohd Razali. 2008. Pembangunan perisian multimedia berasaskan pendekatan permainan peringkat prasekolah bagi tajuk konsep nombor. Tesis Ph.D. Fakulti Pendidikan. Universiti Teknologi Malaysia

Published

2026-05-25

How to Cite

Mansor, N. K., Shaffeei, K., & Kway, E. H. (2026). Integrasi Elemen Muzik dalam Pengajaran bagi Meningkatkan Kemahiran Literasi Bahasa Melayu Murid Tahun 3 Berpencapaian Rendah. Jurnal Pendidikan Bitara UPSI, 19(1), 109-117. https://doi.org/10.37134/bitara.vol19.1.10.2026

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>