Penilaian pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan Guru Sains

Evaluation of School Based Assessment (PBS) Among Science Teachers

Authors

  • Norazilawati Abdullah Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
  • Noraini Mohamed Noh Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
  • Rosnidar Mansor Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
  • Abdul Talib Mohamed Hashim Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA
  • Wong Kung Teck Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA

Keywords:

Penilaian, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS), Guru Sains

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk menilai pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan guru sains yang dijalankan di sekolah menengah. Penilaian dilihat dari aspek konteks, input, proses dan produk serta hubungannya dengan pengalaman mengajar guru. Kebaikan, kelemahan, cabaran dan cadangan guru sains dalam merealisasikan PBS juga telah dikenal pasti. Kajian ini melibatkan 112 orang guru yang mengajar sains dari 21 buah sekolah menengah di Daerah Batang Padang, Perak. Kajian ini dijalankan secara tinjauan dengan menggunakan borang soal selidik dan soalan temu bual sebagai instrumen kajian. Penganalisisan data untuk kajian ini menggunakan statistik inferensi dan statistik deskriptif. Taburan frekuensi atau kekerapan dengan skor min dan peratusan serta analisis korelasi Pearson telah digunakan. Dapatan kajian menunjukkan pada keseluruhannya tahap dimensi konteks, input dan produk berada pada tahap sederhana manakala tahap dimensi proses berada pada tahap tinggi. Hipotesis kajian diterima di mana tidak terdapat hubungan yang signifikan antara tahap dimensi konteks, input, proses dan produk dalam pelaksanaan PBS dengan pengalaman mengajar guru. Analisis temu bual pula mendapati responden bersetuju bahawa PBS mempunyai kebaikan dan ianya seiiring dengan hasrat negara untuk melahirkan modal insan bertaraf dunia. Namun, mereka sependapat menyatakan terdapat beberapa kelemahan PBS namun ia boleh diselesaikan dengan cadangan yang telah dikemukakan oleh reponden. Kesimpulannya, kajian ini memberi sumbangan baru kepada guru sains di Malaysia untuk memperbaiki pelaksanaan PBS dengan cara yang lebih menyeluruh.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Abdul Zubir Abdul Ghani (2007). Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan sekolah di Kalangan Guru Tingkatan 3. Tesis Doktor Falsafah Universiti Malaya.

Bhasah Abu Bakar (2003). Asas Pengukuran Bilik Darjah. Tanjung Malim Quantum Books.

Bahagian Pembangunan Kurikulum (2011). Spesifikasi Kurikulum Sains Tingkatan 2. Kementerian Pelajaran Malaysia.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2012). Dasar Pendidikan Kebangsaan (Edisi Ketiga). Kementerian Pelajaran Malaysia.

Chan Yuen Fook (2003). Pendekatan Penilaian: Satu Tinjauan Dari Aspek Kesesuaiannya Dalam Penilaian Program Latihan. Jurnal Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan. Institut Aminudin Baki 13(1): 65-81.

Chan Yuen Fook, Gurnam Kaur Sidhu, Md Rizal Bin Md Yunus (2009). School-based Assessment. Enhancing Knowledge and Best Practices. University Publication Centre UTM Shah Alam.

Chua Yan Piaw (2006). Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Chua Yan Piaw (2008). Asas Statistik Penyelidikan. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill.

Creswell, J.W. (2003). Educational Research: Planning, Conducting and Evaluating Quantitative and Qualitative Research. Pearson Education.Inc.

Gay, L. R. & Airasian, P. (2000). Educational Research: Competies For Analysis and Application, Hove and New York: University College of London. Psychology Press.

https://www.facebook.com/KamiMahuSPPBSDimansuhkan

Laporan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2050 (2012).

Lembaga peperiksaan (2012). http://www.moe.gov.my/lp.

Lembaga Peperiksaan (2012) Panduan Pengurusan Pentaksiran Berasaskan Sekolah.

Lembaga Peperiksaan (2013) Buku Informasi PBS.

Lembaga peperiksaan (2014). http://www.moe.gov.my/pt3

Mazuien Misran (2013) Pemahaman Guru Penolong Kanan dalam pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah (PBS) dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Universiti Teknologi Malaysia.

Mohd Isha Awang Tahun (2011). Pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah: Pengetahuan Dan Amalan Guru Di Sekolah Menengah Agama Milik Kerajaan Negeri Penulis. Proseding Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Norazilawati Abdullah (2012). Pelaksanaan Pendekatan konstruktivisme dalam Mata Pelajaran Sains. Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Siti Rahayah Ariffin (2003) Teori, Konsep dan Amalan Pengukuran dan Penilaian. Bahagian Latihan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Stufflebeam, D. L. (2003). The CIPP model for evaluation. In D. L. Stufflebeam & T. Kellaghan (Eds.), The international handbook of educational evaluation (Chapter 2). Boston, MA: Kluwer Academic Publishers.

Stufflebeam, D. L., & Shinkfield, A. J. (2007). Evaluation theory, models, & applications. San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Tan Ai Mei (2010) Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) di Malaysia. Kesediaan Guru, Isu dan Panduan Pelaksanaan. Gerak Budaya Enterprise, Kuala Lumpur. Tesis Doktor Falsafah. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff. (2010). Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Panduan Guru Bahasa Melayu, Inggeris, Arab. UKM Bangi.

Downloads

Published

2015-05-04

How to Cite

Abdullah, N., Mohamed Noh, N., Mansor, R., Mohamed Hashim, A. T., & Kung Teck, W. (2015). Penilaian pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) dalam kalangan Guru Sains: Evaluation of School Based Assessment (PBS) Among Science Teachers. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 5(1), 89–102. Retrieved from https://ejournal.upsi.edu.my/index.php/JPSMM/article/view/2145

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 > >>