Kesan ejen pedagogi dan rangsangan multimedia dalam Koswer Nutri-Score terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi

Pedagogical agents and stimulation effect of multimedia courseware in Nutri-Score Against High Level Thinking Skills

Authors

  • Norsaliza Sabu Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Noraini Mohamed Noh Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Che Nidzam Che Ahmad Fakulti Sains Dan Matematik, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia
  • Norazilawati Abdullah Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, Malaysia

DOI:

https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol8.2.6.2018

Keywords:

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi, Kemahiran Mengelaskan, Kemahiran Membanding Beza, Kemahiran Menyelesaikan Masalah, Multimedia Interaktif, Ejen Pedagogi

Abstract

Kajian ini bertujuan untuk membangunkan dan menguji kesan penggunaan koswer Nutri-Score dengan ejen pedagogi beranimasi bagi topik Nutrisi dalam Biologi Tingkatan Empat. Reka bentuk eksperimen kuasi digunakan. Persampelan kelompok tiga tahap dilaksanakan untuk memilih 181 responden dari masing-masing dua sekolah menengah di Kedah dan Pulau Pinang. Kumpulan rawatan mempelajari Nutrisi melalui Nutri-Score. Kumpulan kawalan mempelajari Nutrisi secara lazim. Pembolehubah-pembolehubah bersandar ialah kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran mengelaskan, kemahiran membandingbeza dan kemahiran menyelesaikan masalah mengikut Taksonomi Baru Model Marzano. Dapatan dianalisis dengan menggunakan ujian MANCOVA. Skor ujian pra dijadikan kovariat. Didapati penggunaan Nutri-Score telah meningkatkan kemahiran berfikir aras tinggi, kemahiran mengelaskan dan kemahiran membandingbeza secara signifikan. Justeru, reka bentuk dan pembangunan Nutri-Score boleh dijadikan panduan berguna untuk mereka bentuk dan membangunkan koswer pembelajaran bagi merangsang kemahiran berfikir aras tinggi.

Downloads

Download data is not yet available.

References

Barak, M. & Shakhman, L. (2008). Fostering higher-order thinking in science class: Teachers’ reflections. Teachers and Teaching: Theory and Practice, 14(3), 191-208.
doi: http://10.1080/13540600802006079

Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan statistik pengkajian: Kaedah pengkajian (Buku 1). Shah Alam: McGraw-Hill Education (Malaysia) Sdn. Bhd.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2012). Spesifikasi kurikulum Biologi tingkatan empat. Putrajaya: Bahagian Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

Kim, C., & Baylor, A. L. (2008). A virtual change agent: Motivating pre-service teachers in their future classrooms. Educational Technology and Society, 11(2), 309-321. Diperolehi daripada https://www.researchgate.net/publication/220374597_A_Virtual_Change_Agent_Motivating_Preservice_Teachers_to_Integrate_Technology_in_Their_Future_Classrooms

King, F.J., Goodson, L., & Rohani, F. (2009). Higher order thinking skills. Center for Advancement of Learning and Assessment. Diperolehi daripada http://www.cala.fsu.edu/files/higherorderthinkingskills.pdf

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2010). Kupasan mutu jawapan SPM 2010 Biologi 2 4551/2. Putrajaya.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2013). Kupasan mutu jawapan SPM 2013 Biologi 2 4551/2. Putrajaya.

Lembaga Peperiksaan Malaysia (2014). Kupasan mutu jawapan SPM 2014 Biologi 2 4551/2. Putrajaya.

Marzano, R. J., Pickering, D., & McTighe, J. (2005). Assessing student outcomes: Performance assessment using the dimensions of learning model. Alexandria, Virginia: Association for Supervision and Curriculum Development (ASCD).

MDEC (2008). Penilaian koswer-koswer kursus Kementerian Pelajaran Malaysia. Diperolehi daripada
http://www.mscmalaysia.my/sites/default/files/pdf/publicationsreferences/Penilaian_Koswer_-_Koswer_Kursus.pdf.

Norsaliza Sabu & Noraini Mohamed Noh (2018). The need for creativity in teaching higher order thinking skills in Biology. International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 8(1), 889-898.
doi: http://10.6007/IJARBSS/v8-i1/3957.

Rajendran, N. S. (2010). Teaching and acquiring higher-order thinking skills: Theory and practise. Tanjong Malim: Sultan Idris Education University.

Satyaprakasha, C. V., & Sunitha, B. (2014). Effectiveness of multimedia teaching on achievement of VIII standard students in Biologi. International Journal of Informative & Futuristic Research, 1(8). Diperolehi daripada
http://www.ijifr.com/pdfsave/27-04-201442320-04-2014302Dr%20CVS%20ACH%20a3a.pdf

Siti Zubaidah (2010). Pembelajaran koperatif dan group investigation (sebagai salah satu teknik pembelajaran kolaboratif). Diperolehi daripada:
https://www.researchgate.net/publication/318040393

Thomas, A., & Thorne. G. (2009). How to increase higher level thinking. The Centre for Development and Learning. Diperolehi daripada http://www.cdl.org/articles/how-to-increase-high-order-thinking/

Wenglinsky, H. (1998). Does it compute? The relationship between educational technology and student achievement in Mathematics. Educational Testing Service Policy Information Center. Diperolehi daripada www.mff.org/pubs/ME161.pdf

White, H., & Sabarwal, S. (2014). Quasi-experimental design and methods. Florence, Italy: United Nations Children’s Fund (UNICEF). Diperolehi daripada
https://www.unicef-irc.org/publications/pdf/brief_8_quasi-experimental%20design_eng.pdf

Downloads

Published

2018-12-29

How to Cite

Sabu, N., Mohamed Noh, N., Che Ahmad, C. N., & Abdullah, N. (2018). Kesan ejen pedagogi dan rangsangan multimedia dalam Koswer Nutri-Score terhadap Kemahiran Berfikir Aras Tinggi: Pedagogical agents and stimulation effect of multimedia courseware in Nutri-Score Against High Level Thinking Skills. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 8(2), 60–73. https://doi.org/10.37134/jpsmm.vol8.2.6.2018

Most read articles by the same author(s)

1 2 3 > >>