Masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral di sekolah menengah dan penyelesaian masalah melalui kaedah Hermeneutik**
DOI:
https://doi.org/10.37134/jrpptte.vol7.no2.6.2017Keywords:
Pendidikan Moral, kaedah Hermeneutik, masalah dalam pengajaran dan pembelajaranAbstract
Kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti masalah sebenar yang dihadapi oleh guru-guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral dan cara-cara bagi mengatasi masalah tersebut. Soal selidik diedarkan kepada 6 responden yang merupakan guru mata pelajaran Pendidikan Moral di beberapa buah sekolah menengah di sekitar daerah Batang Padang. Dapatan kajian dianalisis secara kualitatif menggunakan kaedah Hermeneutik. Hasil kajian mendapati masalah utama yang dihadapi oleh guru adalah ketika pelajar tidak dapat mengaitkan nilai yang dipelajari dengan keadaan sebenar, guru-guru gagal dalam menguasai penyampaian pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral serta kekurangan bahan bantu mengajar. Dapatan kajian menunjukkan masalah dalam pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral dapat diatasi sekiranya guru-guru mengambil inisiatif mempelbagaikan kaedah bagi menarik minat pelajar. Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak sekolah perlu memberi sokongan dalam mengorganisasi program khas, seminar dan kursus kepada guru, meningkatkan kelengkapan bahan bantu mengajar agar menjayakan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Moral.
Downloads
References
Abdul Rahman A. (1986). Pengenalan pendidikan moral. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd.
Abdul Rasid, J., & Arbaie S. (2001). Media pengajaran: Pengajaran bahasa dan sastera. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Gary. F, Richard. O., & Matthew, S. (2009). Teaching orally and teaching morality. Teacher Education Quarterly, 36(3). 7-19.
Jasmi, K. A., Ilias, M. F., Tamuri, A. H., & Hamzah, M. I. (2011). Amalan penggunaan bahan bantu mengajar dalam kalangan guru cemerlang pendidikan Islam sekolah menengah di Malaysia. Journal of Islamic and Arabic Education 3(1), 59-74. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Kalaiselvi, E, Nur Surayyah, M.A., & Umi Kalthom, A.M. (2015). Guru cemerlang pendidikan moral: keperluan menguasai aspek kandungan dalam pengajaran dan pembelajaran pendidikan moral dan implikasinya. International Journal of Education and Training 1(2), 1-8.
Liau, A. K., Liau, A. W. L., Teoh, G. B. S., & Liau, M. T. L. (2003). The case for emotional literacy: the influence of emotional intelligence on problem behaviours in Malaysian secondary school students. Journal of Moral Education, 32(1), 51-66.
Mahadir, N., & Noor Banu. (2008). Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Moral). Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (Laporan projek yang tidak diterbitkan).
Nadarajan, T., & Vishalache B. (2014). Pengurusan teater forum: satu inovasi teknik dalam pedagogi pendidikan moral di sekolah menengah. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 1(2), 38-51.
Nur Munirah, Chua, C. T., & Abdul Pabil, A. (2016). Pendidikan moral tingkatan 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Ogoma, D., Alaiyemola, & Anne. (2015). Prospects and problems of teaching moral instructions in primary and secondary schools in Nigeria. International Journal of Capacity Building in Education and Management, 2(3).
Pusat Perkembangan Kurikulum. (2004). Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral Tingkatan Empat. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
See Tho, L. Y. (2008). Reflections on changing the mindset of a Moral Education. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Sidek, M.N. (2002). Reka bentuk penyelidikan: falsafah, teori dan praktis. Serdang: Universiti Putra Malaysia. Penerbit Info Meditasi Sdn. Bhd.
Straughan R. (1988). Can we teach children to be good? London: Open University Press.
Suppiah N. (2016). Kaedah hermeneutik: kaedah interprestasi teks secara kualitatif. Tanjung Malim: Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Tan, B.P., Rahimah, W., & Zuraini J. (2015). Peranan guru dalam membina iklim moral dalam bilik darjah. Jurnal Sains Sosial Kemanusiaan, 7(3). 87-95. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Vishalache, B. (2002). Penggunaan dilema real-life dalam pengajaran Pendidikan Moral. Tesis sarjana, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.
Vishalache, B. (2010). The development of moral education in Malaysia. Asia Pacific: Journal of Educators and Education, 25, 89–101.
Vishalache, B. (2007). Kesan menggunakan dilema kehidupan sebenar dalam pengajaranpembelajaran pendidikan moral. Jurnal Masalah Pendidikan, 30(1), 101-112. Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.
Zakaria, Z. (2011). Guru Biologi permulaan dan berpengalaman: satu kajian kes. Tanjung Malim: Universiti Pendidikan Sultan Idris (Tesis Sarjana yang tidak diterbitkan).