Mengenal pasti aplikasi kognisi dalam rancangan pengajaran harian melalui tunjang sains dan teknologi prasekolah
Keywords:
Tunjang sains dan teknologi, kaedah hermeneutik, aplikasi kognisiAbstract
Kajian ini dijalankan bagi mengkaji aplikasi kognisi dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah bagi tunjang sains dan teknologi melalui Kaedah Hermeneutik. Kajian ini dijalankan secara kualitatif dengan menggunakan 14 buah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) dari seorang guru praktikum. Kaedah Hermeneutik telah digunakan untuk menginterpretasi RPH bagi menganalisis aplikasi kognisi dalam komponen sains dan matematik yang diajar oleh guru praktikum. Hasil dapatan menunjukkan guru praktikum masih lagi kurang menerapkan aplikasi kognisi dalam pengajaran dan pembelajaran di prasekolah berdasarkan tunjang sains dan teknologi. Kebanyakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta alat bantu mengajar kurang memberi kesan terhadap proses kognisi kanak-kanak. Kementerian Pelajaran Malaysia perlu menyediakan kursus tentang aplikasi kognisi untuk meningkatkan kemahiran mengajar di prasekolah.